Feeds

Sunday, October 13, 2013

iNdaHnya ciPtaan Ilahi

Assalamualaikum W.B.T

yang indah itu ciptaanNya..
kenangan gambar semasa perjalanan ke SIBU...
flight ketika tu jam 7.30pg.. 















Tarikh penting buat muslimin & muslimat

Assalamualaikum W.B.T

SEDIKIT PERKONGSIAN BERSAMA~


Jumaat 4 Okt 2013 = 28 Zulkaedah 1434.

maghrib 5 okt 2013 sabtu mlm ahad= 1 zulhijjah 1434Hijrah

Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 zulhijjah. Jom kita puasa ramai2.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Takbir raya Aidil Adha selepas maghrib hari ke 9 Zulhijjah (14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk magrib 14 zulhijjah tamat)

Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha
Solat Raya
Bawa semua anak , isteri termasuk yg uzur/haid.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)
Insya Allah

wassalam~

Segmen TOPUP 24 Jam Aku Jejari Comel

Assalamualaikum


Hadiah 

RM 10 x 2( Random )

RM 5 x 2 ( Saguhati )

Selamat mencuba ")

TAMAT!!

Thursday, October 10, 2013

7 CARA MEMUJUK RAKAN YANG EMO~

7 Cara Memujuk Rakan Emo


1.  MENGAMBIL WUDUK.
Ajak rakan emo kita sama sama mengambil wuduk. Sambil memujuk, kita katakana bahawa wuduk boleh menyejukkan hati yang lara.

2.  MENULIS SESUATU YANG POSITIF.
Berikan beberapa helai kertas dan pen kepadanya. Kemudian katakana kepadanya supaya menulis apa yang dicita citakan di atas kertas itu. Sambil itu, katakan bahawa menulis perkara yang baik dan positif  boleh merangsang fikiran kearah lebih baik.

3. MEMUJINYA DENGAN SEADANYA.
Duduk didepannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakan bahawa dia seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya jika kecantikkan dan kebijakannya itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu nanti, InsyaAllah Allah akan berikan ketenangan dan permudahkan dalam setiap urusan kita.
 
4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG.
Tanyakan kepadanya kalau kalau dia mahukan sesuatu: contohnya nak makan apa, minum apa, nak menonton apa apa….apa apa sahaja asalkan perbualan itu tidak melanggar syariat. Kalau boleh, lakukan bersama sama.

5. BERBUAL BUAL dan BERADA DISAMPINGNYA.
Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa apa sendirian. Kita mesti turut serta. Sebaik baiknya biarlah kita berbual bual dengannya tentang sesuatu yang menggembirakannya tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya.

6. MEMINTA MAAF.
Ringankan lidah kita untuk meminta maaf, andai kita penyebab emosinya terganggu. Mengaku kesalahan kita walaupun bukan kita yang memulakannya. Katakan kepadanya bahawa kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.
 
7. PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.
Jika rakan emo kita seorang yang agak degil, kita cari seseorang yang rapat dengannya untuk memujuk seperti adik beradiknya atau gurunya atau sesiapa sahaja yang kita lihat ada potensi memujuk rakan emo kita untuk dia luahkan perasaannya. Tetapi kita kena ingat, seseorang yang rapat dengannya itu biarlah mempunyai pegangan agama yang  baik. Kalau sebaliknya, ajaklah gru kaunseling atau ustazah/ustaz untuk berjumpa rakan emo kita itu.

sharing dr blog HusnaHumaira
0856-practical trainig
wassalam

MINI GIVEAWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3

Assalamualaikum..W.B.T


Syarat-syarat penyertaan:-
Yang beralamat di Malaysia Sahaja
Follow Blog T-shirt Mudah Terengganu
Like page T-shirt Mudah Terengganu 
Buat entry bertajuk " MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3"  & buat backlink ke entry ini.
Copy and paste gambar diatas sahaja untuk buat entry..
Tinggalkan Link di bahagian komen..


09 - 19 OKTOBER 2013

Monday, October 7, 2013

Segmen 'Kami Kembar Kami Geng'

Assalamualikum..


alhamdulillah..berkesempatan join giveaway ini..
disertakan tarikh kelahiran bertarikh 26 MARCH 1990

wassalam~

Giveaway: Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza

Assalamualaikum
Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza
Giveaway yang simple saja... Jam Tangan untuk diberi kepada mereka yang bertuah....
     Untuk mudahkan kalian menyertai GIVEAWAY ni... kalian copy paste sahaja coding yang leeza bagi di bawah nanti kat ENTRY HTML kalian.. Cuma kalian perlu lengkapkan ayat yang leeza minta tu... ^_^
SYARAT PENYERTAAN : 
  1. Blogger Berakyat Malaysia 
  2. FOLLOW my FB PAGE
  3. Buat Entry Yang BERTAJUK "Giveaway: Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza"
  4. Letak BANNER Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza
  5. Sambung Ayat ni " Saya Mahu Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza kerana ..................................... "
  6. Tinggalkan Link Di Entry ni.....
  7. Berikan pendapat tentang blog Santai Leeza... (Tiada paksaan)
  8. PROMOTE BLOG dan GIVEAWAY (Tiada Paksaan)
  9. SUMBANGKAN TRAFIK Untuk SantaiLeeza.com (Tiada Paksaan)
 Hadiah Yang Disediakan : 
  • Jam Tangan = 2 orang pemenang bertuah
  • Saguhati = 4 orang peserta bertuah
Saya Mahu Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza  kerana saya tidak mempunyai jam selepas jam yang terakhir putus tali =) 

    Thursday, October 3, 2013

    GA BY LIZA IZARA

    Assalamualaikum W.B.T


    due date : 7okt13

    Wednesday, October 2, 2013

    My 1st Blog Contest

    Assalamualaikum w.b.t





    Soalan: Bilakah my Qaisara dilahirkan & Pukul berapa...


    Jawapannyerr:
     Qaisara di lahirkan tepat jam 2.46am, hari Khamis 28 Oktober 2010, seberat 2.98kg pada usianya 36 weeks 3 days.


    Due contest: 6 Okt 2013

    SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750

    Assalamualakum W.B.T..


    Alhamdulillah..
    diizinkanNya utk join entri special birthday GA..
    selamat hari lahir buat yg bertarikh lahir di bln OKTOBER...
    semakin meningkat umor kita..semakin kita menghampiri kematian

    wallahu alam

    MINI GIVEAWAY by T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 2

    Assalamualaik W.B.T



    Syarat-syarat penyertaan:-

    Yang beralamat di Malaysia Sahaja
    Follow Blog T-shirt Mudah Terengganu
    Like page T-shirt Mudah Terengganu 
    Buat entry bertajuk " MINI GIVEAWAY by T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 2"  & buat backlink ke entry ini.
    Copy and paste gambar diatas sahaja untuk buat entry..
    Tinggalkan Link di bahagian komen..
    29 - 03 OKTOBER 2013

    Giveaway 'Convocation' Sunsweetz ~OCTOBER 2013

    Assalamualaikum w.b.t



    pada sahabat yang nak join...
    klik banner

    wassalam~

    Giveaway Butik Comel Collection

    Assalamualaikum...


    KLIK
    BANNER UNTUK JOIN

    HADIAH:
    1) Baucar RM200
    2) Baucar RM150
    3) Baucar RM100
    Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50


    Hadiah ditaja oleh Butik
    Comel Collection


    PEMILIHAN PEMENANG:
    -menggunakan
    random.org


    SEMUA PESERTA BERPELUANG UNTUK MENANG

    JOM JOIN RERAMAI!

    Minions Mini Segmen

    Assalamualikum w.b.t



    HADIAH
    1. Minions Small Notebook x1 Winner 
    [Bilangan Pemenang Akan Ditambah Jika Bilangan Peserta 20+]

    TARIKH PENTING
    1 Okt - Segmen Bermula 
    5 Okt - Segmen Tamat [ 2.00 P.M. ]
    5 Okt - Pemenang Diumumkan [ 5.00 P.M. ]
    5 Okt hingga 10 Okt - Tarikh Claim Hadiah

    Tuesday, September 24, 2013

    GIVEAWAY KEYCHAIN NEMO by DEDEQ


    Assalamualaikum..


    Hadiah :
    KEYCHAIN nemo x 5 pemenang 

    * Hadiah akan bertambah jika peserta melebihi 30 orang .. 
    * Pemenang akan dipilih menggunakan khidmat random.org 

    GOODLUCK .. ^_^

    Monday, September 23, 2013

    JUST SHUT UP GIVEAWAY #1 BY FARAH ARINA

    Assalamualaikum..



    klik banner utk join =)

    Thursday, September 19, 2013

    MINI GIVE AWAY By T-SHIRT MUDAH TERENGGANU

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T


    alhamdulillah.. berkesempatan join mini giveaway ..
    rakan2 blogger jom join..
    inshaaALLAH mane tau rezeki kan..
    Aminn..

    wassalam

    -3pm-taksabarnakbalik keje-ppdgm-

    Segmen 1st Mama


    Assalamualaikum


    A) Mulakan dengan menepek gambar yang direka khas ini di entry anda.
    B) Linkkan terus ke blog mama lah.. seperti biasa anda selalu buat tu...
    C) Jangan lupa follow mama, semuanya seperti biasa juga...
    D) Nak buat entry atau tidak mama tak kisah... janji anda join cukup dah..
    E) Letak tajuk " Segmen 1st Mama "
    F) Like Facebook mama ye, sebelah tu je.. hihi (Takde fb pun takpe)
    G) Tinggalkan URL blog anda diruang komen.


    Baiklah, semuanya sudah jelas kan.
     segmen mama tutup pada 30hb September 2013.
    Mama mencari 15 pemenang bertuah.
    Pemilihan berdasarkan random.
    penyertaan kurang dari 30 bloggers, automatik terbatal. Jangan lah..hehe

    "SEGMEN PERTAMA CHE YAM "

    Assalamualikum..


    Klik banner untuk join. :)

    Tamat pada 24 September 2013.
    Good luck ! :)

    Random by cikamal.com

    Assalamualaikum


    nickname : Nor Solehah

    FIRST GIVEAWAY VALLARYS

    Assalamualaikum..



    Nama fb : Nor Solehah
    IG : wardahsufi


    Tag :


    HADIAH

    10 Pemenang di cari 
    Daripada koleksi kami [ Shawls x 1, Tudung Bawal x 1, String Keychain Name x 7, Blouse x 1 ]
    TOP REFERRAL X 1

    PEMILIHAN PEMENANG

    Melalui undian

    DUE DATE

    30 September 2013

    Tribal Blouse Giveaway!

    Assalamualaikum w.b.t





    Alhamdulillah..berpeluang join giveway dr Nabila Medan..
    baru cube-cube join utk contest blouse ni...
    mane tau..jika diizinkanNya..
    terpilih memenangi kan..
    Alhamdulillah..InshaaALLAH..
    Amin

    ok..giveway ni tamat 1 okt 13

    T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY

    Assalamualaikum... alhamdulillah berpeluang join giveway dari blog Nabila Medan..

    Klik Banner
    Bermula 16 September - 23 September 2013

    T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY

    ish..seakan tertarik memiliki tshirt atas ni.. inshaaALLAH jika diizinkan dpt la kan =).. hope terpilih dalam random nanti..=)

    wassalam..

    -ppdgm

    Tuesday, August 6, 2013

    ALLAH yang pertemukan =)
    ALLAH juga yang memisahkan =)

    Tuesday, July 23, 2013

    Kenapa Hati Menjadi Keras



    orang yang paling jauh dgn ALLAH org yg byk bercakap..
    hamba ni byk juge berkate..Allah..Allah..

    cube elakkan dari kita bergosip,mengata T_T...  solehah ya..
    cube boleh punya..InshaaALLAH

    mulut kita berkata..akan jadi saksi diakhirat
    telinga mendengar..akan jd saksi diakhirat
    semua anggota akan jd saksi diakhirat

    wallahualam~

    Tuesday, July 16, 2013

    KASIH PADAMU Hafiz Hamidun

    Sunday, July 14, 2013

    Segmen Kad Raya By Emas Putih & Pn Qaleshya !!


    Monday, May 27, 2013

    Height Vs Weight

    Assalamualaikum...

    dah lame tak update...
    so ambe nak update pasal our weight vs height...


    jom layan gambar..xde idea jgk nak karang banyok2...


    actually, yg ni ade la 1bulan lepas... maybe yang sekarang dh berbeza right..=)
    semua tu kepunyaan sape?? pastu nak tau kan...
    ambe tok leh kabo la.. sume ni perlu dirahsiakan... just picture only ok=)


    ape pun ambe nak kongsi disini... berat ke ringan ke tinggi ke rendah ke..
    semua ni datangnya dari ALLAH S.W.T.... jika ALLAH jadikan sebegitu... jadilah sebegitu..

    apepun kite perlu bersyukur dengan ape yang telah ditetapkan olehNya kepada kita..Alhamdulillah

    Tanda bersyukur dengan lidah maka lidah itu akan mengucapkan kalimah "alhamdulillah" berulang-ulang, setiap masa dan ketika apabila kita memperolehi rezeki, kejayaan, jodoh, mendapat anak, pekerjaan, projek , lulus pepereksaan dan lain-lain lagi. Selaian daripada ucapan kalimah "alhamdulillah" tanda syukur kepada Allah SWT maka lidah perlu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca al-Quran, berkata benar, mengajak kepada makruf dan menyuruh tinggalkan kemugkaran. Di kawal lidah itu supaya tidak memaki-hamun, menentang hukum-hukum Allah SWT, mengumpat dan menabur fitnah.

    sekian dulu dari saya..
    bagi yang belum menunaikan solat maghrib..
    bersegeralah menunaikannya
    wallahualam~

    -tst,gerik-

    Saturday, May 25, 2013

    SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT

    Detik demi detik telah berganti menjadi tahun.
    Langkah demi langkah pun telah dilalui.
    Berbagai hal yang indah dan juga menyakitkan.
    Semuanya pasti pernah terjadi 

    Hari ini..

    Dimana hari yang mungkin istimewa buatmu.
    Atau mungkin sebagai hari perenungan buatmu.
    Kerana hari ini hari kelahiranmu..
    Tapi juga hari berkurangnya usiamu di Dunia ini..

    Mungkin..
    Banyak mimpi dan harapan..
    Doa-doa pun dipanjatkan di hari kelahiranmu.
    yang pastinya..
    Untuk semua hal yg terbaik dan terindah.
    Merubah sifat.
    Merubah kepribadian.
    Merubah pemikiran
    Merubah semuanya menjadi lebih baik lagi..

    Selamat ulang tahun.
    Selamat hari lahir.

    dan berduka untuk berkurangnya usiamu.
    Hanya kata kata dan doa yang mampu terucap.
    Untuk kamu yang hari ini berulang tahun.

    DiKala hari bahagiamu datang..
    Dari diriku terucap salam..
    Semoga hari-harimu penuh kehangatan..
    Disayangi keluarga dan teman seperjuangan..
    Dan kepribadianmu semakin matang..
    Sentiasa mendekatkan diri pada Tuhan..

    Harapanku hatimu diliputi kedamaian..
    Jauh dari rasa iri dan dendam..

    Teriring sebuah ucapan selamat ulang tahun..
    Semoga dirimu dianugerahi Tuhan
    dan..
    Kepribadian yang semakin menawan..

    :)

    Friday, April 26, 2013

    Rahsia Umur ❤


    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca ya dirahmati Allah sekalian,
    Cik Wardah (nama pena di blog) nak kongsikan tentang rahsia umur yang ramai tak ketahui oleh kita..cik wardah ambil dr blog mat..http://www.blogammar.com



    “Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?” (Yasiin [ 36 ] : 68)

    Ayat di atas menerangkan tentang bagaimana kejadian manusia bermula dari pada bayi, kanak-kanak , remaja , dewasa dan tua. Pada peringkat tua manusia akan menjadi perangai seperti kebudak-budaka. Ini merupakan kitaran hidup semula jadi dalam kehidupan seharian. Namun begitu sebenarnya peringkat umur ini telah terbahagi kepada 10 bahagian:

    Tahapan Pertama: Masa Kanak-kanak (Sejak dilahirkan hingga 7 tahun).

    Pada tahapan ini perkembangan jasmani dan rohani 100% adalah mengikut sunnatullah (ketentuan Ilahi). Sebab itulah tidak hukuman atas apa jua kesalahan yang dilakukan dan tidak ada ganjaran atas apa jua kebaikan yang dilakukannya.



    Tahapan Kedua: Zaman Remaja (8 hingga 14 tahun).

    Pada masa ini muncul semangat berlumba-lumba dalam semua hal. Ia mula ingin menonjol (ingin berbeza) daripada orang lain, maka di sinilah perlunya hubungan luar biasa daripada kedua ibu bapa dan masyarakat di sekelilingnya. Mereka perlu diberi nasihat dan bimbingan yang lebih.



    Tahapan Ketiga: ’aqil baligh (15 hingga 21 tahun).

    Telah mula sempurna rohani dan jasmaninya. Pada peringkat remaja ini mereka telah mula berangan-angan dan bercita-cita tetapi banyak pula yang memiliki sifat cacat rohani. Di sinilah bermulanya seseorang itu menjadi ‘egois’, suka membangkang dan menentang serta sukar diarah. Mereka rasa mereka mampu berdikari. Gejala sosial mula pada peringkat ini. Maka di sinilah mereka perlu diberi pengawasan dan kawalan yang sewajarnya kerana mereka mula suka melanggar peraturan.



    Tahapan Ke empat: Dewasa (21 hingga 26 tahun).

    Pada peringkat ini mereka seharusnya sudah boleh dianggap dewasa dan matang, namun di sinilah mereka sering didorong nafsu libido yang sangat kuat. Waktu inilah yang amat tepat segera mencarikan pasangan hidup (ideal untuk bina rumah tangga) supaya nafsu tersalur dengan baik bagi pertumbuhan jasmani dan rohani yang baik. Rasulullah saw berkahwin ketika berumur 25 tahun.



    Tahapan Ke Lima: Dewasa Sempurna (27 hingga 35 tahun).

    Ketika ini pertumbuhan jasmani dan rohani terkuat. Akal dan fikiran sudah terbuka, jelas, tegas dan tidak ragu dalam merencana diri dan keluarga.



    Tahapan Ke Enam: Pertengahan Umur (36 hingga 40 tahun)

    Tahap ini sudahpun pertengahan perjalanan hidup. Pada masa ini hati mantap dan tetap. Kematangannya amat nyata. Waktu inilah kebanyakan Nabi dan Rasul di angkat menjadi Nabi atau Rasul. Ini adalah waktu sepatutnya dijadikan kayu ukur atau penanda aras sama ada kita berjaya di dunia atau di akhirat.




    Tahapan Ke Tujuh: Umur Setengah Tua (41 hingga 50 tahun).

    Pesan Ustaz pada peringkat umur ini janganlah kita merasa masih muda. Ramai yang enggan dipanggil tua pada tahapan umur ini serta agak rasa bosan dengan hidup jika tidak ada apa-apa yang mencabar. Ada yang kurang selera makan. Pada peringkat ini ada yang cenderung kepada agama dan mempunyai kesedaran tentang kematian dan dengan itu dia banyak bertaubat. Walaupun boleh dikatakan agak sudah terlambat, namun belum dikira sebagai terlalu terlambat.



    Tahapan Ke Lapan : Menurun (51 hingga 65 tahun).

    Ibarat roket atau bunga api, masa mula-mula dilepaskan meluncur laju tapi bila tak mampu lagi naik dia akan mulai menurun. Boleh diertikan seperti tidak ada ‘pick-up’ dan agak kurang bermaya dalam semua aspek. Kekuatan fizikal dan mental juga menurun. Penyakit-penyakit mula ketara dan banyak penyakit-penyakit yang kronik.Umur 60 tahun adalah satu tanda aras kritikal.



    Tahapan Ke Sembilan : Masa Tua (65 hingga 75 tahun).

    Pada tahapan ini penuh dengan cubaan kerana pelbagai penyakit menyapa, perlu pertolongan pihak ketiga. Bagi yang tidak tabah akan menderita.



    Tahapan Ke Sepuluh : Umur Sangat Tua (75 hingga Seterusnya).

    Sungguh lebih hebat penderitaan orang ini. Ada yang menjadi pikun. Jika sebelumnya tidak ada pengisian rohani, maka ketika ini hidupnya akan lebih menderita. Rohani dan jasmani juga terkesan. Daya ketahanan amat rendah.



    Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah, kemudian Dia telah menetapkan ajal (kematian kamu) dan ajal yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). - (Al-An’aam [ 6 ] : 2)


     Sesungguhnya kematian itu sangat hampir dengan kita dan ia merupakan suatu kepastian dalam kehidupan kita samada anda mahu atau tidak. 
    Dan ingatlah “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”.

    wassalam~
    jumaat#dirumah#pc

    Monday, April 1, 2013

    SEGMEN BLOGGER MUSLIMAH


    Assalamualaikum...
    alhamdulillah kali ni berpeluang jom segmen dr fizgraphic




    Warna Baju:biru turquoise
    Tudung:biru turquoise lembut
    nicname:SOLEHAH

    tag: Huda , syarah

    wassalam..

    Wednesday, February 27, 2013

    MUALIMAH Day 3

    Assalamualaikum...

    syukur kepada Allah S.W.T...
    kerana masih mengizinkan aku utk hidup...
    masih mengizin kan aku berbakti kepada ibubapa,sahabat,kwn2,kenalan...


    “Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah.” (QS. Al Baqarah: 172).

    “Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezki kepadamu; maka mintalah rezki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada- Nyalah kamu akan dikembalikan.” (QS. Al Ankabut : 17)

    “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari-Ku.” (QS. Al Baqarah: 152)

    “Kerana itu, maka hendaklah Allah saja kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.” (QS. Az-Zumar: 66)

    syukur juga kepada ALLAH S.W.T memberi aku ruang dan peluang merasai nikmat sebagai pendidik...
    bile berada ditempat pendidik, baru ku sedar pahit jerih pendidik mendidik anak bangsa...

    sedikit perkongsian yang ingin saya sama kongsikan berkisar tentang pengalam mengajar utk hari ketiga bg minggu ini dalam blog kesayangan saya ini...
    perkongsian ini dibuat supaya suatu hari nanti saya dapat membacanya kembali...

    2.00 pm
    Saya persiapkan diri utk ke sekolah agama rakyat (berdekatan rumah).Diluar cerah sahaje.tidak nampak lagi tanda2 nak hujan.plannig nya nak p naik moto je sbb mak pakai kete g sekolah petang ni..yang ade hanya exora..xpadan lak nak bawak exora.

    2.30 pm
    masih tak siap lg =( ...relex2 lagi.. sambil2 tu tulis rancangan mengajar semalam..nak nulih tu yg amatla xberminat..tp dalam tak berminat saya tulis jgk yer..hati kate tak nak..tgn gerak jugak..hehe

    2.55 pm
    hujan turun...aduh..lagu mane nok g sekolah ni.. so terpakse mintak mak hantar..sian mak kene antar saya pulak..maafkan k.nor mak menyusahkan mak..sbb pukul 3.15pm mak nk kene g sekola pulak tu rase bersalah sgt.if ade kete kancil saya dah g sendiri dah.tak nyusah sape2..

    2.56pm
    sampai sekolah..saya duk wat relek pulak terlupa nak punch card..masok bilik guru terus duduk..aiyoo kesilapan diri sendiri jugak ni.. tu pun lepas tgk Ustazah Shahida (kak ida) mari die punch kad baru saya teringat..
    masa tu dah 3.01pm..makenye merah la kuar..even lewat seminit xde maaf bagmu..hehe..
    dlm hati dok kata..esok jangan lupa lagi ya..

    3.00pm
    loceng dah berbunyi...kringgggg!!kringggg!!
    saya bergegas ke kelas tahun 4.Kelas saya la tu..hehe
    ops..maaf..maaf..saya guru ganti je ni kelas Ustazah Fatimah (mak k.t)..
    utk hari rabu kene ngajar hafazan al-quran

    saya:Assalamualaikum
    anak murid:Waalaikummussalam ustazah.dan mereka membaca doa mula belajar
    saya:sebelum tu saya mintak sape yang bertugas harini bersihkan kelas ye..byk sampai kelas awak ni..
    sape bertugas harini?
    hakim:saya bertugas ustazah..akmar dan (lupa pulak name nak murid sorang ni).

    hakim mintak izin buang sampah...
    akmar pulak menyusun kerusi bagi nampak tersusun..

    saya:ok.ustazah nak mula mengajar dah ni...semua duduk tempat
    anak murid lelaki:duk berlawan cakap pulak sesame mereka..
    anak murid perempuan:bergosip sesame mereka..
    saya:(anak murid syg knp xdgr ni,ustazah xtahu dah nk buat camana kat hangpa nak bg senyap...)

    saya meneruskan jugak mengajar...saya minta murid2 buka buku Asas Tilawah Al-Quran..
    saya meminta murid menghafal surah al-lail..
    dalam kelas tahun 4 tu , hanya seorang murid sahaja yg dpt menghafal surah tersebut dgn lancar..
    anak murid yang lain hanya mampu menghafal 3-5 ayat sahaja..
    ade juga murid yang tidak dapat menghafal..ade yang masih tidak dapat mengenali beberapa huruf..

    al-lail means malam atau waktu malam
    surah al-lail mengisahkan tentang dua jenis manusia.Orang yang derhaka kepada Allah S.W.T dan berpaling dari petunjukNya dan yang satu lagi adalah orang yang bertakwa kepadaNya.
    Kedua-dua manusia ini mempunya sifat yang berbeza seperti siang dan malam.Suatu hari nanti, mereka akan mendapat nasib yang berbeza.Nasib yang berbeza itu adalah pilihan mereka masing-masing.Allah memberi petunjuk kepada mereka.Kemudian,yang satu mengikut sedangkan yang lain menolaknya..

    4.00pm
    kringggg!!kringgg!!
    loceng berbunyi..menandakan tamatlah sudah kelas hafazan al-quran..
    saya pun kene mengajar kelas tahun 5 pulak..
    didalam kelas tahun5 saya mengajar sirah..
    mudah menguruskan pelajar thn5..dengar kata even ade sikit jugak suara sumbang..
    didalam kelas tersebut saya ajar bab ibadah azan..

    saya:Assalamualaikum
    anak murid:Waalaikumussalam ustazah dan membaca doa.
    saya:harini ustazah nak sambung yang semalam punya bab ibadah...semalam kita dah belajar ibadah solat..harini ustazah nak ajar azan..
    anak murid:ustazah jom la kite buat kuiz..thn lepas ustaz selalu buat kuiz..
    saya:ye..sabar syg..biar ustazah mengajar dulu..

    didalam kelas ni saya membaca dan menerangkan tentang azan..
    apabila saya melihat ade 2-3 anak murid tak ambil perhatian saya stop.
    saya mintak si dia yg nak bercakap tu yg membaca.duk membaca tu bergadup mulut jugak depa ni..
    relex..masih boleh dikawal mereka ni...
    seterusnya saya mintak anak murid membaca sendiri pulak bab solat dan azan sblm saya start quiz..

    bile dah berquiz mcm2 feel anak murid ku sayamm...
    lelaki ppuan lak nak  berlawan..
    lelaki tetap nak menang...ppuan cool je (tu saya sukerr)
    bile saya bg yg ppuan jwb dan die btol.. lelaki kate ustazah bg pluang kat ppuan jer..
    bile saya bg yg lelaki jwb dan die btol.. ppuan tak kate pape..just ikot rule kat gurl =)
    kalah dan menang adab permainan..
    kalau kita menang je tak syok jugak...sbb kite xde cabaran..kte akan igt diri kita bagus jeerr..
    sekurang nye bile kite kalah kite akan lebih hendak berusaha..

    saya juge sempat pesan anak murid supaya menyalin di dalam buku tulis berkenaan azan

    4.30pm
    kringggggg!!kringgg!!
    asyik kring je kan..hehe
    biase la dah name nye sekolah..mmg serasilah dengan loceng..saya kene mengajar kelas thn1 subjek sirah
    ajar thn 1 ni simple ajer..
    saya siap ajar anak murid nyanyi lagi tau

    jom nyanyi same2

    KISAH-KISAH ISLAM
    NABI-NABI ISLAM
    KITA KENA FAHAMI
    HINGGA AKHIR ZAMAN

    lepas tu saya mengajar tentang pengajaran yang murid pelajari dari sirah..

    antaranya:
    dapat mengetahui perkara yang baik dgn yang buruk..
    mentaati ibubapa,tak melawan kata ibubapa,dgr nasihat dari ibubapa..
    dll lagi..

    ops baru teringat..
    sedang sy mngajar berkumandang azan asar.paling respect kat pelajar saya ni..after azan mereka sume terus bace doa lepas azan tanpa perlu memberitahu..
    YaAllah terharu sgt masa tu.. ye lah si kecil yang baru darjah 1 sudah pandai kan..harap anak murid juga pratikkan dirumah yer...muka kiut soleh solehah comel hensem sume ade =)


    4.55pm
    anak murid tersayang rehat..
    saya pesan kat anak murid je beli...

    sejak ngajor ni...like donat le pulak..
    sedap tau donat tu...gebus lagi..
    donut 2 ketul 5kupang..sekarang sudah mahal..

    5.15pm
    jaga jalan..anak murid tersayang nak g solat asar kat surau..
    budak2 ni tak boleh di bior..
    deme ni kdg melintas dah tak tgk kanan kiri..so,sy dan k.ida jaga kt jln tu...
    bile tgk dorang ambil air smyg, gelak sendiri saya..
    macam2 style... terus teringat masa zaman saya ser agama dulu.. ^_^

    5.30pm
    anak murid sume dah blh balik.Yg mane ambil kelas mengaji still kat sekolah..
    ajar mengaji dlm 4-5 orang..
    1org pelajar ni agak kurang adabnye..maaf ye ustazah ckp..
    die baca,masa tu saya tak tgk pn die baca..saya tgh tgk pelajar lain baca..
    dia terus keluar dan balik..yaALLAH ade jugak anak murid mcmni..saya bukan ape...
    bacaan die xbrp ok lg..semalam pun byk salahnye..satu lg sikap anak murid ni,mereka suka gelak kat kawan mereka yang masih belajar iqra'..saya selalu pesan tak baik ckp mcm tu..awak yang dah naik baca al-quran pun baca 2x5 jer.. same jer.. mane tahu kwn awak yang masih baca iqra tu satu hari nanti menjadi penghafaz.. semua ni kite tak tahu..Allah lebih mengetahui..

    6.00pm
    anak murid sume dah ngaji..
    saya pn balik..balik jln kaki ajer..terserempak pula dgn ustaz mustaqim..


    me:assalamualaikum ustaz
    ustaz:waalaikummussalam...dah lama cuti..tak perasan pulak saya 
    me:dah lama dh ustaz..ni pn saya mengajar seminggu je..sabtu ni dah nak balik...ustaz pn dah berkereta baru sekarang..
    ustaz:ye lah..anak ramai..awak bile nak kawin..
    me:(terdiam skjab)..xtahu la ustaz muda lg..
    ustaz:saya teringin nak mkn nasi minyak ni..
    me:(senyum je)
    ustaz:nanti nak kawin jgn lupa jemput ustaz
    me:In Shaa Allah ustaz.ustaz ni anak sulung ustaz yer?
    ustaz:yer..k.long 6 thn .
    me:Yang ni ustaz?no 3 ke 4?yang last saya tak sempattgk pun lg..
    ustaz: ni baihaqi no.4.no.5 tido.. no6 dlm perut =)
    me:alhamdulillah..bertambah lg generasi ustaz..saya mintak diri dulu ustaz..

    6.10pm sampai rumah

    #Alhamdulillah..
    #Semoga anak murid ustazah jadi anak soleh dan solehah

    tst,grik
    4.15pg
    laptop mak






    Tuesday, February 26, 2013

    ALLAH kata JANGAN ! ♥


    Assalamualaikum



    ♥ saya nak MARAH tapi ALLAH kata JANGAN ! ♥
    ♥ saya nak BENCI tapi ALLAH kata JANGAN ! ♥
    ♥ saya nak LAWAN tapi ALLAH kata JANGAN ! ♥
    ♥ saya nak PUTUS ASA tapi ALLAH kata JANGAN ! ♥
    ♥ saya nak MEMBERONTAK tapi ALLAH kata JANGAN ! ♥

    KERANA ALLAH kata,jadi saya cuba LUPAKAN apa orang KATA dan BUAT pada saya! ♥

    KERANA ALLAH kata,jadi saya cuba SABARKAN HATI..IKHLASKAN JIWA ..TAWAKALKAN DIRI ! ♥

    KERANA ALLAH kata,jadi saya cuba dan teruskan cuba AGAR terus BERJAYA bukan di dunia saja TAPI di akhirat SANA ! (^_^)

    wassalam~

    Monday, February 25, 2013

    Perang Uhud


    Assalamualaikum..
    ape kabar kalian??
    alhamdulilllah harini diberi kesempatan lg mengajar..
    masih kah kau igt perang uhud..
    saya pun sudah hampir lupa..lame sgt dah tinggal..mungkin kwn2 ade yang masih igt atau lupa (mcm saya)..
    ni pun saya boleh igt balik bile harini saya kene mengajar SIRAH pelajar thn 4...
    sambil saya bercerita pada anak murid, saya turut belajar...
    dan yg paling best sy tgk.. perang uhud bg tahun masihi jatuh pada 26 MAC..(suke lak kite)
    ok, jom kite same2 bace kisah perang uhud


    Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke 3 hijrah/ 26 Mac 625 masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah 3 ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan dari beberapa kabilah Arab antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah 1 ribu orang tetapi pada saat akhir Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Dengan itu jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud 700 orang sahaja.

    Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira 6 kilometer dari Masjid Nabawi. Di namakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung tersebut tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.

    Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu pasukan muslimin mengalami kekalahan dimana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan Cuma 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah.

    Gunung Uhud merupakan gunung yang bersejarah bagi orang Islam kerana disinilah bersemadinya 71 orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Mutalib. Menurut satu riwayat, di situ juga kubur Nabi Harun saudara kandung Nabi Musa.

    Sesiapa yang pernah melawat Gunung Uhud jika diperhatikan betul-betul kedudukannya agak senget sedikit dan itu ada kaitannya dengan sejarah Perang Uhud.

    Ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauh sedikit dari Gunung Uhud, maka Gunung Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazah tersebut tetapi baginda RAsulullah SAW melarang Gunung Uhud dari berubah tempatnya. Kerana itu Gunung Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.

    Setiap kali Rasulullah SAW melalui Gunung Uhud, baginda akan berkata kepada para sahabat, "Lihatlah Gunung Uhud ini, dia mencintai aku dan aku mencintai dia."

    seyes..kalau sy tak baca kisah ni..mmg tak tahu nak ngajo budop2 tu cmne..mujur ade buku..so,baca blh la bercerita dengan anak murid..
    saya just tahu perang uhud..tp x igt dah bile berlaku..brp tentera?dgn siapa? bile bace baru dapat refresh balik...
    moga dpt kita manfaatkan bersama...kisah perang uhud ini
    wassalam~

    depan pc
    sambil calling za update status
    puah punye pasal
    kepala sakit..dushdush

    Friday, February 22, 2013

    Jadual Kelas sem ni (setakat ini ler ^_^)

    Assalamualaikum


    Wassalam~

    Monday, February 18, 2013

    boyfren saya~180213

    Assalamualaikum

    waa..best nye jalan ngn boypren sy ni..
    blh babab manje die kalau die terlalu over, blh cium dia (opsss), blh pegang die , blh pipin die (kdg2 lepas gak die)..maka berlari2 la die...boypren saya ni suke ngatt pegang kucing..yang akak die ni lak tak suka pegang kucing..tengok2 je blh la..boypren ni sah kate mak kucing tu blh diangkut nye kesana-kesini..
    alahai boypren ku nii... xpadan ng kecik la awok ni..




    tgk gambo tu..tak habis2 boypre ni nak wat 2Malaysia..
    sampai kakak p terikut..hehe
    ok la..sekian
    salam syg buat boypren saya ni..
    esok kite jumpe lg.. (^_^)

    wassalam~

    Friday, February 15, 2013

    Result degree semester 5 15.FEB.13

    Assalamualaikum...


    jam sudah menunjukkan 3.12am...
    saya masih belum dapat melelapkan mata...
    td tgk kat fb,dlm jam pukul 2.30am sudah ade sahabat2 ku yang mengepos 'Alhamdulillah','Syukur','Penantian Berakhir' n macm2 lg word yg dapat digambarkan..mereka sudah dapat melihat keputusan exam mereka..
    masa tu email saya masih tak menerimanya lg...
    debar kian terasa..sehinggalah saya mengambil keputusan menutup laptop...
    tp still tak boleh tido..
    guling sana guling sini bukan fon set jam nak bgun esok la..
    tgk gambar sendiri kat fon la..
    mcm2 perlakuan saya buat...
    kaki pn sejuk beku...padahal sebelum ni tido kipas laju relex je...
    kali ni agak tak tahan sejuknye...
    sampai kene cari stokin kaki...sbb rase beku..huhu
    dlm 3.05am saya kembali bukak laptop..xsedap hati.,tak sabar,sume ade..huhu
    tgk kt YM ade 1 email belum dibukak..
    jantung dupdapdupdap dah...
    debaran kian memuncak..
    tak sah lg email dr uitm..email tu sampai dlm 2.58am..
    ok  cool down..^_^
    klik dan klik.. maka terpangpanglah resultku...


    bagaimana pun result kita..
    jgn lupa ucap alhamdulillah..
    Allah dh tentukan ... kita kene terima..
    kita dapat sepadan dengan usaha kita...

    ok jam dah 3.24am
    perut lapar pulak...
    nak cari mkn kat dapor...
    wassalam~


    atas katil
    tst,grik,prk

    LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK


    Thursday, February 14, 2013

    Layakkah KITA ?

    Assalamualaikum W.B.T
    Selamat Petang...




    Kita sentiasa mencari, mengharap dan berdoa semoga Allah temukan dengan pasangan hidup yang baik, malah lebih baik dari kita. Tetapi apabila Allah sudah temukan, kita selalu ragu-ragu sehingga tercetus soalan, "Layak ke saya dengan dia? Saya rasa macam tak layak je. Dia lebih baik dari saya. Sedangkan saya banyak kekurangan." Malah saya pernah kenal beberapa orang kawan dan kenalan lelaki dan perempuan yang menolak pasangan (calon) yang memang baik (pada pandangan mata saya dan kawan2 lain) hanya semata-mata kerana mereka merasakan diri mereka tidak baik dan tidak layak untuk calon tu.

    Saya selalu terfikir, 'Kalau rasa diri tak layak, kenapa minta Allah bagi pasangan yang baik2? Bila Allah dah bagi pula, kenapa masih mahu pertikaikan malah sehingga menolak? Pasangan 'baik' bagaimana sebenarnya yang kita 'mahu' Allah bagi? Kalau kita nie tak baik sekali pun, adakah kita sanggup mendapat pasangan yang tak baik juga? Dan kalau kita sedar yang kita nie tak sebaik mana, berusahalah sehabis daya untuk menjadi lebih baik dari diri kita sekarang. Bukan semata-mata untuk 'melayakkan' diri kita bersama dia, tetapi sebenarnya untuk melayakkan diri kita mendapat apa yang telah Allah janjikan untuk hamba-hambaNya yang berusaha ke arah kebaikan.'

    Firman Allah : "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An-Nur : 26)

    *Jika kita mengharap kebaikan dan berusaha ke arahnya, insyaAllah, Allah akan temukan kita dengan kawan2, orang2 malah pasangan yang baik. Allah itu Maha Adil, Maha Kasih, Maha Cinta. Dia akan bagi apa yang kita minta (dan perlu). Jadi jangan tolak atau ragu bila kita betul2 dapat apa yang kita minta dari Dia tu.*

    :):):):):):):):)

    wassalam...
    jom solat asar ^^,

    Monday, February 11, 2013

    madah pujangga (6)

    Assalamualaikum..

    Muhasabah bersama~




    wassalam~