Feeds

Tuesday, August 28, 2012

Surah al-isra'ayat 94

ASSALAMUALAIKUM



94. Dan tidak ada yang menghalang manusia daripad beriman ketika datang kepada mereka hidayah & petunjuk, melainkan mereka berkata: "Patutkah AlLah mengutus seorang manusia menjadi Rasul?"

            ALLah SWT menegaskan bahawa tidak ada sesuatu pun yang boleh menghalang seseorang  daripada menerima hidayah daripada-NYA. Sebenarnya yang menjadi penghalang kepada sesorang untuk menyertai golongan yang beriman ialah diri individu itu sendiri. Ada sesetengah manusia enggan kebenaran jika pembawa kebenaran itu orang kampung mereka. Mereka lebih meyakini orang yang datangnya daripada luar untuk membawa sesuatu perkara yang baharu. Kepada sesetengah manusia pula, pembaharuan tidak boleh dibawa oleh sesama, manusia tetapi mesti dibawa atau didakwakan oleh makhluk lain.
            Keadaan ini jelas digambarkan AlLah SWT yang menceritakan perihal golongan yang menolak dakwah para anbiya, bermula dengan Nabi AlLah Nuh AS. Antara faktor mereka menolak Nabi AlLah Nuh AS ialah kerana Baginda AS seorang manusia yang sama dengan mereka. Hal ini juga turut mewarnai perjalanan dakwah Baginda Nabi Akhir Zaman, Nabi Muhammad SAW yang dipersoalkan dakwahnya hanya semata-mata Baginda SAW tetap berstatus manusia.
            Secara tersiratnya mereka memperlekeh AlLah SWT kerana melantik dalam kalangan manusia itu seorang nabi. Kepada mereka para utusan AlLah SWT perlu makhluk lain,  untuk kecemerlangan dakwah, mereka beranggapan ada lagi makhluk lain yang lebih  mampu daripada manusia untuk berdepan dengan manusia. Mereka mungkin merasakan malaikat, jin, robot, itu lebih patut dilantik AlLah SWT untuk menjayakan misi & visi dakwah AlLah SWT di bumi ini.

wassalam

No comments:

Post a Comment