Aminah seorang budak perempuan 4 tahun pergi ke kedai runcit bersama maknya. Pak Ali, pemilik kedai runcit suka mencubit muka Aminah yang comel.
“Adik, sini ada sebalang gula-gula… ambillah kalau suka,” kata Pak Ali.
Aminah melihat balang itu dipenuhi gula-gula berwarna-warni, tapi Aminah hanya melihat tetapi tidak mengambil.
“Ambillah. Masuk tangan ambil sendiri,” pujuk Pak Ali.
Aminah tetap tidak mengambilnya.
Pak Ali cuba memujuk lagi tapi Aminah tetap tidak mengambilnya walaupun mata asyik melihat kepada gula-gula dalam balang tersebut.
Pak Ali berasa hairan mengapa budak kecil comel ini tidak mengambil gula-gula tersebut.
“Ayang, ambillah gula-gula itu, pakcik dah bagi,” mak Aminah pula memujuk.
Tapi Aminah tetap tidak mengambilnya…
Melihat keadaan begitu, Pak Ali hilang sabar sedikit dan memasukkan tangan sendiri ke dalam balang dan mengambil gula-gula dan memberikannya kepada Aminah.
Aminah senyum kegembiraan mendapat gula-gula tersebut – ini menyebabkan Pak Ali bertambah hairan mengapa Aminah tak mengambil gula-gula itu sendiri.
“Tak faham anak kamu ini,” kata Pak Ali kepada mak Aminah.
“Saya pun tak faham… budak kecil ini kadang-kala kita tak faham apa dia fikir,” kata mak Aminah.
Apabila tiba di rumah, mak Aminah bertanya lagi, “Ayang, mengapa tak ambil gula-gula itu masa Pak Ali suruh Ayang ambil?”
Cuba teka apa jawapannnya……….
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
“Mak, tangan Ayang kecil. Jadi kalau Ayang ambil sendiri dari balang itu,.Ayang hanya dapat sikit… sekarang tengok, bila Pakcik Ali memberi gula-gula pada Ayang dengan menggunakan tangan besarnya, Ayang dapat banyak gula!,” kata Aminah kepada maknya.
Pengajarannya:
Jika kita mengambil, kita mungkin mendapat sedikit. Jika Allah memberi, Allah akan memberi lebih banyak daripada apa yang kita boleh fikirkan kerana Allah maha Berbelas Kasihan dan Agong.
.
No comments:
Post a Comment