Feeds

Friday, August 14, 2009

-DOA KETIKA SAKIT SEDANG MENULAR-

Maafkan diriku ayah dan ibu...

Maafkan diriku ayah dan ibu...
Ayah.. Ibu.. sebelum kamu melahirkan aku telah aku malukan kamu berdua dengan penduduk setempat menebal muka berlari ke hulu dan ke hilir meminta tolong meminta bantuan kenderaan untuk membawa aku yang masih di dalam kandungan ke hospital untuk bersalin. Belum sempat aku melihat dunia aku telah memalukanmu ibu dan ayah.. kemudian aku dibesarkan dalam keadaan yang sempurna cukup makan dan minum, lengkap pakaian dan pendidikan, namun aku tidaklah menjadi seorang yang sepertimana yang ibu dan ayah idamkan.. dalam tempoh aku membesar bermacam-macam telah aku lakukan.. kesemuanya memalukan ayah dan ibu.. aku gagal dalam peperiksaan UPSR. Semuanya gagal!.. aku dapat melihat titisan air mata ibu di rumah kenduri apabila ada ibu rakanku yang bercerita tentang anaknya yang berjaya mendapat cemerlang di dalam peperiksaan UPSR tempoh hari. Aku nampak ibu.. dari celah pintu aku melihat engkau berpaling ke belakang untuk mengambil sesuatu sedangkan tiada apa yang ada di belakangmu. Apa yang engkau lakukan.. perlahan tudung lusuh yang tidak berganti dijadikan kain menghilangkan titisan air matamu. Kemudian engkau berpaling semula dan menyambung perbualan.. betapa sabarnya jiwamu ibu menahan kesemuanya.. aku sungguh memalukanmu ibu. Ayah pula kini sudah jarang ke kedai kopi, kalau tidak asalkan ada masa ayah akan luangkan dengan rakan-rakan bermain dam di kedai kopi.. tapi kini ayah banyak luangkan masa di rumah.. bercucuk tanam dan kalau ada kenduri kendara di kampung semuanya tidak seperti dulu.. ayah tidak lagi melepak sampai ke petang.. sekadar makan dan pulang.. tidakku pasti kenapa ayah berkeadaan sedemikian..

Kini ayah dan ibu telah membuang masa 12 tahun memberikan aku segala-galanya walaupun tidak mewah, aku tetap diberi makanan, aku tetap diberi peluang bersekolah, aku tetap berpakaian seperti pelajar-pelajar lain.. tapi apa yang aku berikan kepada mereka? belajar jarang sekali.. bermain amat kerap sekali.. mendengar kata ibu dan ayah jarang ku peduli.. ahh! peduli apa aku.. baru upsr biasa lah.. nanti ada pmr aku belajar lah.. ada spm lagi.. masa bermain bukan masa belajar sekarang nih...

tapi segalanya hanya angan-angan! apa jadi pmr aku? bila aku berkenalan dengan rokok, khayal dengan menghidu gam dan leka dengan keindahan bandar yang menyesatkan!... aku terus memalukan ibu dan bapa dengan mendapat keputusan teruk dalam PMR sehingga ibu dan ayah tidak mampu berkata apa-apa.. aku pun tidak dapat sambung pelajaran ke peringkat menengah atas... apa yang boleh aku lakukan melainkan mencari kerja yang tidak seberapa untuk diriku sendiri.. bukan untuk menyara keluarga... duit gaji aku sebagai pekerja buruh binaan habis aku laburkan di rumah urut dan juga berhibur dengan teman wanita.. ibu dan ayah dikampung aku biarkan dengan kehidupan mereka.. pendapatan bulanan aku cukup sekadar untuk berjoli dan bergembira di pinggir bandaraya yang sedang membangun.. menetap di rumah setinggan menjadikan aku lebih tertekan.. akhirnya ayah terlantar sakit tidak lagi mampu menyara keluarga.. aku terpaksa mengambil ayah dan ibu ke rumah setingganku di pinggir bandar kerana rumah di kampung terpaksa dijual untuk menyara kos perubatan ayah selama ini..

setelah beberapa bulan tinggal di rumah setinggan dengan aku.. aku tidak lagi mampu menanggung kedua ibu bapaku berdasarkan jumlah pendapatan yang diperolehi tidak seberapa.. sehinggakan aku tidak mampu memberikan makan dan minum yang sempurna kepada ibu dan ayah.. lalu aku mengikut cadangan yang diberikan oleh beberapa orang rakan serumah yang menyuruh aku menghantar mereka ke rumah kebajikan.. aku turutkan kerana aku tidak gamak melihat mereka meratah ulam dan nasi mentah setiap hari...

Ayah... Ibu... maafkan aku.. aku degil, aku gagal, aku jahat.. akulah anak durhaka.. dari kecil kau sediakan tempat tinggal yang sempurna, makanan yang sempurna, pendidikan yang sempurna, minuman.. pakaian.. semuanya lengkap.. tapi anakmu ini tidak mampu untuk memeliharamu walaupun dalam tempoh setahun.. ayah.. ibu.. aku hanya mampu berikanmu air kosong sedangkan engkau berikanku susu yang berkhasiat, aku berikanmu nasi mentah beserta ulam sedangkan kau berikan aku semua makanan yang aku idamkan.. walaupun aku tahu engkau tak mampu tapi seketul ayam yang diberi sewaktu aku teringin melihat jiran meratah cukup bermakna untuk aku kenang hingga akhir hayat.. tidak ku tahu bagaimana kau mendapatkan seketul ayam tersebut.. sedangkan aku tidak pernah melihat engkau memakan ayam sebelum ini.. seketul.. semuanya untuk aku.. kau tidak mengusik sedikit pun... ibu.. ampunkan aku.. akulah anak durhaka.. aku anak durhaka..!!!

kalau aku diberi peluang kedua.. aku ingin belajar bersungguh-sungguh, aku ingin memberikan ibu dan ayahku merasa memakai topi yang dipakai oleh mereka yang berjaya di universiti.. aku nak belanja ibu dan ayah makan ayam goreng.. kalau dulu ibu hanya mampu beli seketul.. akanku berusaha untuk dapat membeli untuk kita bertiga sekeluarga.. tapi apa kan daya.. hidup aku ditakdirkan sebegini.. maafkan aku ibu.. bukan niatku untuk menghantarmu ke rumah kebajikan.. aku terpaksa!

Hidupku hanya tinggal 24 Jam..
Aku menghina dan memaki ibuku sendiri..

Siri Motivasi : Cikgu Suffi (http://www.portalguru.my/suffi)

Kawalan Jangkitan A(H1N1) di Rumah


1.Amalan adab batuk yang baik
• Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol.
• Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
• Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi
• Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4.Menjarakan diri (social distancing)
• Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
• Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
• Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit (sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
• Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan) beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.

Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya satu gejala berikut:
1. Sukar benafas.
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.
3. Sakit dada berterusan.
4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berualang selepas 3 hari pulih.
6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.
7. Penig bila berdiri.
8. Kurang kencing.

Sama-samalah kita melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah menjauhkan kita semua daripada bala penyakit ini.