Feeds

Monday, February 25, 2013

Perang Uhud


Assalamualaikum..
ape kabar kalian??
alhamdulilllah harini diberi kesempatan lg mengajar..
masih kah kau igt perang uhud..
saya pun sudah hampir lupa..lame sgt dah tinggal..mungkin kwn2 ade yang masih igt atau lupa (mcm saya)..
ni pun saya boleh igt balik bile harini saya kene mengajar SIRAH pelajar thn 4...
sambil saya bercerita pada anak murid, saya turut belajar...
dan yg paling best sy tgk.. perang uhud bg tahun masihi jatuh pada 26 MAC..(suke lak kite)
ok, jom kite same2 bace kisah perang uhud


Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke 3 hijrah/ 26 Mac 625 masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah 3 ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan dari beberapa kabilah Arab antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah 1 ribu orang tetapi pada saat akhir Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Dengan itu jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud 700 orang sahaja.

Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira 6 kilometer dari Masjid Nabawi. Di namakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung tersebut tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.

Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu pasukan muslimin mengalami kekalahan dimana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan Cuma 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah.

Gunung Uhud merupakan gunung yang bersejarah bagi orang Islam kerana disinilah bersemadinya 71 orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Mutalib. Menurut satu riwayat, di situ juga kubur Nabi Harun saudara kandung Nabi Musa.

Sesiapa yang pernah melawat Gunung Uhud jika diperhatikan betul-betul kedudukannya agak senget sedikit dan itu ada kaitannya dengan sejarah Perang Uhud.

Ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauh sedikit dari Gunung Uhud, maka Gunung Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazah tersebut tetapi baginda RAsulullah SAW melarang Gunung Uhud dari berubah tempatnya. Kerana itu Gunung Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.

Setiap kali Rasulullah SAW melalui Gunung Uhud, baginda akan berkata kepada para sahabat, "Lihatlah Gunung Uhud ini, dia mencintai aku dan aku mencintai dia."

seyes..kalau sy tak baca kisah ni..mmg tak tahu nak ngajo budop2 tu cmne..mujur ade buku..so,baca blh la bercerita dengan anak murid..
saya just tahu perang uhud..tp x igt dah bile berlaku..brp tentera?dgn siapa? bile bace baru dapat refresh balik...
moga dpt kita manfaatkan bersama...kisah perang uhud ini
wassalam~

depan pc
sambil calling za update status
puah punye pasal
kepala sakit..dushdush