Feeds

Friday, December 30, 2011

EXAM coming .....

assalamualaikum....
maka sudah ke dipenghujung semester utk saya dan kawan2 di semester 3 ni...jadual exam pn dah kuar seperti tertera dibawah



semoga berjaya semua..study sementara tiba masanya..=)

Wednesday, December 21, 2011

CaRa buAng V!Rus FACEBooK


ASSALAMUALAIKUM W.B.T


hah! virus facebook.. mst ramai da kena kn..??
xpenah kena lagi tp ramai kawan da kena virus ni.. fungsi virus ni dye akan spam samaada dari chat facebook atau post wall to wall org.... sini nak paparkan paparkan cara buang virus ni k..ni pn ade jumpe kat blog someone..so sebar2kan je lah.. anda2 semua just ikut step ni.. so
ade 3 cara samaada buang manual ataupon pakai software.. ikot sula la mana mudah utk anda2 guna k..

cara manual 1

Step1> Start>Run> pastu taip c:\windows\system32\drivers\etc


Step2> oraite cari fail nama "host" pastu buka.. pilih notepad

step3>dalam file "hosts" tadi akan ada satu baris seperti di bawah.CARI BARIS INI: facebook.com
(CONTOH: “127.0.0.1 http://www.facebook.com” )
Buang jika ada “127.0.0.1 http://www.facebook.com”Tutup file "hosts" dan save.
Settle..
Cara yang ke 2


Step 1-Start>run>regedit


Step 2- korang ikut ni tengak mana yang admin merahkan tulisan nya delete k..


HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”


HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”


HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating;

CARA TUNTUTAN BAUCAR BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPTA/IPTS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T




Bajet 2012 memperuntuk kan RM200 untuk setiap pelajar di IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.syarat-syarat untuk mendapatkan Baucer ini adalah seperti berikut :

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

sekian..

sumber:kb dan denai hati.

Wednesday, November 23, 2011

♥ this quote

Devotees ~ Kekasih (Full)


--sweet kartun--

Sunday, October 2, 2011

mlm ini..



assalamualiakum..
khaifahaluka/i ?? berbahasa arab pule..hehe

mlm ni saya suka sgt dgr nasyid..best..sbb sy pinjam earfon rumet..mmg dpt concentrate pd lagu n study...xdgr dah org panggil..xtahu nak ckp kat sape nasyid ni best,so bgtaw kat blog sendiri je la kan...cite pasal study,minggu depan i have 3 quiz..mlm ni baru study satu...hope buleh jwb la nt..esok jugak ade modul (LDK)..dapat tambah kwn baru..heheh...saya suke..-)

okla nak sambung study sikit lg n tido..




Friday, September 30, 2011

SA Selangor


Assalamualaikum....

alhamdulillah,tika ini diri ini diberi kesihatan yg amat baik..mkn pun lalu je..nasik kalau buleh nak buh byk..nak mkn byk2..berbanding pada minggu pertama ku disini,mkn xlalu..dengan batuk + selsema nya..mungkin culture shock lg awal2 tu..sebelu

m tu lupa pulak,lupa pulak nak bgtaw dimanakah diriku berada sekarang..sekarang ku berada di SHAH ALAM,SELANGOR..menyambung pelajaran ku disini dalam Degree In Statistics..before ni diploma kat MACHANG,KELANTAN..sudah masok minggu ke3 berada disini..kelas pun dan masok..PPW pun dah pegi..kwn pun bertambah ler jugak disamping kwn2 lame dr mache dulu yg turut same2 sambung study di sini dalam kos yang sama...hujung minggu sibuk pulak..ade modul+wat matric card...ditempat kan di kolej Mawar dgn byran RM4**.. utk satu semester...hope sem depan dapat kolej lagi...jom layan gambo,letih doh nok naip..









Friday, August 26, 2011

Kad Raya untuk NURULAIN ROSLAN


Wednesday, August 24, 2011

Kad Raya untuk NUR SYAZA SYAZANA RAZALI


Tuesday, August 23, 2011

mAdAh puJangga


Friday, August 19, 2011

Nasyeed BARU KENAL CINTA-FINE

Assalamualaikum...

selamat pagi semua ?? mcmane puase ?kita sudah sampai ke penghujung fasa ke 2 ramadan dan juga menghampiri fasa terakhir ramadan.. seperti yang kita sedia maklum ramadan mempunyai 3 fasa ramadhan. “Ramadan ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu ramadan yang pertama adalah rahmat, ramadan yang kedua adalah keampunan dan fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka.”


sekian dulu dari saya utk tika ini..

untuk hiburan dipagi ni mari kita mendengar nasyeed

BARU KENAL CINTA-FINE (ßklik utk mendengar)


LIRIK LAGU

Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta diri merasa sempurna

Yang pahit jadi manis yang sakit jadi bertenaga

Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta diri merasa sempurna

Yang pahit akan jadi manis yang sakit terus bertenaga

Kad Raya untuk KAK IDA

kak ida name penuh kak ida WAN SYAZRIYATUL NAZLIDA WAN ZI....(btoi x ejaan)..hehe

Thursday, August 18, 2011

Kad Raya untuk AMYRA ATIKAH


Kad Raya untuk SITI AMINAH YUSOP


Kad Raya untuk SHUHADA HUSNA




Wednesday, August 17, 2011

Kad Raya untuk ANIS ADHWA


Tuesday, August 16, 2011

Kad Raya untuk SYARAH BINTI HUSSAIN


Monday, August 15, 2011

sudah Ramadan 15


Assalamualaikum semua...

apakabar ye? puase mcmane ? penuh lg kan..

jab lagi dh nak berbuka..

saya berbuka bersama EN AYAH, PUAN EMAK & ADIK NISA je..

hari2 berbuka berempat je..except hari minggu ade jgk adik2 lain balik..

so kami xberempat la berbuka & bersahur bile hujung2

minggu..

cepatnye masa berlalu..sudah ramadan ke 15 kite..

ok lah ye.. selamat berbuka semua

bwh ni ada.....


NEGERI PERAK

mAdAh pUjaNgGa



Keep our smile..(^_^)


"SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
"
SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan rupiah.
"
SENYUM" tak butuh tenaga tapi, besar motivasinya.
"
SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
"
SENYUM" 1 hal yang biasa tapi, bisa jadi spesial.
"
SENYUM" ibadah yang paling mudah tapi, berpahala setara dengan sedekah.


Penuhilah hari2 kita dgn senyuman manis agar semua org ikut tersenyum kerana kita
Keep our smile..(^_^)


Senyum adalah sesuatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah


Berikut adalah kelebihan bersenyum


1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atauhandsome! Betul tak?

2. Senyum mampu mengubah 'mood' kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.

3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?

4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.

5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda! :D

Senyum-senyumlah selalu okey!







Thursday, August 11, 2011

khas untuk adib


Pusat Islam UiTM Shah Alam kini Masjid Tuanku Mizan

Utusan Malaysia Online - Terkini

Wednesday, July 20, 2011

Feelhoney

Kisah Cinta

Album : KOLEKSI NASYID INDIE VOL. 1 – NASYEED UNDERGROUND
Munsyid : FeelHoney
http://liriknasyid.com



Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai


kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..


air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali


walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..


Artis : FeelHoney

Monday, July 4, 2011

..suBuH dLm MimPi..~







tetibe terfikir.....






Wednesday, June 29, 2011

REJAB (BULAN ALLAH)


PERISTIWA PENTING !!!


1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)


2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)


3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.


Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:


Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.


DOA BULAN REJAB:


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab :


Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

..:SahAbAt:..









Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-k
ata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu


Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi

Aku lemah mengharungi ranjau dunia


Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini
Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia





Friday, June 24, 2011

Bila Dah Suka...


Assalamualaikum...

tajuk kali ni 'bila dah suka'...susahkan bile kite dah sukakan sesuatu tu kan....

xkisah la bende ke org ke atau ape2 je...

contoh yang saya boleh bg:

Saya suka warna biru

mula2 saya suka BIRU.. sume bende saya nak biru..

masih segar ingatan time sekolah dulu..kawan saya tanye

kawan:pembalut buku nak beli warne ape

saya:beli warne biru la cantik

sama jugak situasinya time raya 2007 kalau xsilap

mak:k.nor pilih la nak yg mana kain ni..

saya:ofcourse nak yg warne BIRU..walaupun time tu tgk yg warne len lawa skit coraknye

satu lagi situasi time kelas bel..masa aku sem 2 ..xsilap 1st cls time 2..kebetulan pulak saya berbaju biru pada hari tu

mis:awk ckp ttg warne ape yang awk suka..(mis ckp dlm BI la)

saya:dlm hati xtaw nak ckp pasal ape..yang aku taw i like blue colour..kbetulan mmg pakai baju kurung+tudung biru time tu..so bedal je la..

BIRU..BIRU..BIRU...

cantik sebenarnye biru ni...hehe

ade bende lain lagi nak cakap..tapi rasanyer xmampu nak diungkap..ok la..sekian dulu..

WASSALAM

Sunday, June 12, 2011

Doa Untuk Mengelak Lupa


اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”

Ketika harus..........


Assalamualaikum…lema rasenye xupdate..entahla aku ni..stp kali pn ayat ni je kuar..=)..

Sahabatku,hidup kita ni selalu berputar,kita tak selamanya berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH itu Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..yakinlah pada ALLAH..insyaALLAH ape yg kamu inginkan dpat

Saya sgt tertarik dengan ayat ni,sampai kan kawan2 pn saya mesej ayat ni..

Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak.

( Al-Baqarah 216 )”

Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu …

Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. …..

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

.

INGATLAH !!!

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

.

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum

mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan

kurniaNYA dan belajar daripadanya …