Feeds

Friday, April 26, 2013

Rahsia Umur ❤


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca ya dirahmati Allah sekalian,
Cik Wardah (nama pena di blog) nak kongsikan tentang rahsia umur yang ramai tak ketahui oleh kita..cik wardah ambil dr blog mat..http://www.blogammar.com



“Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?” (Yasiin [ 36 ] : 68)

Ayat di atas menerangkan tentang bagaimana kejadian manusia bermula dari pada bayi, kanak-kanak , remaja , dewasa dan tua. Pada peringkat tua manusia akan menjadi perangai seperti kebudak-budaka. Ini merupakan kitaran hidup semula jadi dalam kehidupan seharian. Namun begitu sebenarnya peringkat umur ini telah terbahagi kepada 10 bahagian:

Tahapan Pertama: Masa Kanak-kanak (Sejak dilahirkan hingga 7 tahun).

Pada tahapan ini perkembangan jasmani dan rohani 100% adalah mengikut sunnatullah (ketentuan Ilahi). Sebab itulah tidak hukuman atas apa jua kesalahan yang dilakukan dan tidak ada ganjaran atas apa jua kebaikan yang dilakukannya.



Tahapan Kedua: Zaman Remaja (8 hingga 14 tahun).

Pada masa ini muncul semangat berlumba-lumba dalam semua hal. Ia mula ingin menonjol (ingin berbeza) daripada orang lain, maka di sinilah perlunya hubungan luar biasa daripada kedua ibu bapa dan masyarakat di sekelilingnya. Mereka perlu diberi nasihat dan bimbingan yang lebih.



Tahapan Ketiga: ’aqil baligh (15 hingga 21 tahun).

Telah mula sempurna rohani dan jasmaninya. Pada peringkat remaja ini mereka telah mula berangan-angan dan bercita-cita tetapi banyak pula yang memiliki sifat cacat rohani. Di sinilah bermulanya seseorang itu menjadi ‘egois’, suka membangkang dan menentang serta sukar diarah. Mereka rasa mereka mampu berdikari. Gejala sosial mula pada peringkat ini. Maka di sinilah mereka perlu diberi pengawasan dan kawalan yang sewajarnya kerana mereka mula suka melanggar peraturan.



Tahapan Ke empat: Dewasa (21 hingga 26 tahun).

Pada peringkat ini mereka seharusnya sudah boleh dianggap dewasa dan matang, namun di sinilah mereka sering didorong nafsu libido yang sangat kuat. Waktu inilah yang amat tepat segera mencarikan pasangan hidup (ideal untuk bina rumah tangga) supaya nafsu tersalur dengan baik bagi pertumbuhan jasmani dan rohani yang baik. Rasulullah saw berkahwin ketika berumur 25 tahun.



Tahapan Ke Lima: Dewasa Sempurna (27 hingga 35 tahun).

Ketika ini pertumbuhan jasmani dan rohani terkuat. Akal dan fikiran sudah terbuka, jelas, tegas dan tidak ragu dalam merencana diri dan keluarga.



Tahapan Ke Enam: Pertengahan Umur (36 hingga 40 tahun)

Tahap ini sudahpun pertengahan perjalanan hidup. Pada masa ini hati mantap dan tetap. Kematangannya amat nyata. Waktu inilah kebanyakan Nabi dan Rasul di angkat menjadi Nabi atau Rasul. Ini adalah waktu sepatutnya dijadikan kayu ukur atau penanda aras sama ada kita berjaya di dunia atau di akhirat.




Tahapan Ke Tujuh: Umur Setengah Tua (41 hingga 50 tahun).

Pesan Ustaz pada peringkat umur ini janganlah kita merasa masih muda. Ramai yang enggan dipanggil tua pada tahapan umur ini serta agak rasa bosan dengan hidup jika tidak ada apa-apa yang mencabar. Ada yang kurang selera makan. Pada peringkat ini ada yang cenderung kepada agama dan mempunyai kesedaran tentang kematian dan dengan itu dia banyak bertaubat. Walaupun boleh dikatakan agak sudah terlambat, namun belum dikira sebagai terlalu terlambat.



Tahapan Ke Lapan : Menurun (51 hingga 65 tahun).

Ibarat roket atau bunga api, masa mula-mula dilepaskan meluncur laju tapi bila tak mampu lagi naik dia akan mulai menurun. Boleh diertikan seperti tidak ada ‘pick-up’ dan agak kurang bermaya dalam semua aspek. Kekuatan fizikal dan mental juga menurun. Penyakit-penyakit mula ketara dan banyak penyakit-penyakit yang kronik.Umur 60 tahun adalah satu tanda aras kritikal.



Tahapan Ke Sembilan : Masa Tua (65 hingga 75 tahun).

Pada tahapan ini penuh dengan cubaan kerana pelbagai penyakit menyapa, perlu pertolongan pihak ketiga. Bagi yang tidak tabah akan menderita.



Tahapan Ke Sepuluh : Umur Sangat Tua (75 hingga Seterusnya).

Sungguh lebih hebat penderitaan orang ini. Ada yang menjadi pikun. Jika sebelumnya tidak ada pengisian rohani, maka ketika ini hidupnya akan lebih menderita. Rohani dan jasmani juga terkesan. Daya ketahanan amat rendah.



Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah, kemudian Dia telah menetapkan ajal (kematian kamu) dan ajal yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). - (Al-An’aam [ 6 ] : 2)


 Sesungguhnya kematian itu sangat hampir dengan kita dan ia merupakan suatu kepastian dalam kehidupan kita samada anda mahu atau tidak. 
Dan ingatlah “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”.

wassalam~
jumaat#dirumah#pc

Monday, April 1, 2013

SEGMEN BLOGGER MUSLIMAH


Assalamualaikum...
alhamdulillah kali ni berpeluang jom segmen dr fizgraphic




Warna Baju:biru turquoise
Tudung:biru turquoise lembut
nicname:SOLEHAH

tag: Huda , syarah

wassalam..