Feeds

Sunday, June 20, 2010

Cuti dah nak habis...


Assalamualiakum...
syukur alhamdulillah masih punya peluang mencoret di blog sdiri...

bermula 10/5 - 20/7 berada dirumah...xtaw le pe yg ade dibuat....pejam celik dah nak mula sem baru dah...kali ni balik di u lebih awal dr biase krn punye tugasan...tugasan yang beri pengalaman baru untuk diri ini...

YaALLAH,kurniakan kpdku semangat yang berkobar-kobar untuk belajar bersungguh pada sem hadapan...

Time check result harituh agak meremuk kan hati...kolej alhamdulillah berjaya..walaupun pade sem ni ramai student UiTM KELANTAN tidak dpt kolej...ini berikutan intake student baru lbh ramai dr kebiasaan..kepada yg xdpt kolej..try mohon rayuan dlu...insyaALLAH kalau da rezeki dpt

ok..syukran jazilan
wassalam..


Saturday, June 12, 2010

Tolong ingatkan,tegur,sedarkan,sabarkan si dia...

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana akhlaqnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...