Feeds

Friday, March 30, 2012

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu


Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?

Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.

Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.

Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?


Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.

Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?

Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

"Bila Hati itu Bertulang."

Wednesday, March 28, 2012

10,000 mahasiswa meriahkan majlis amanat

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri 21/03/12

Tuesday, March 27, 2012

SMILE.it is sunnah



ASSALAMUALAIKUM...

Rasulullah SAW bersabda,
"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."
(HR Tirmizi dan Abu Dzar

Friday, March 23, 2012

Segmen : Saya Suka Doodle

ASSALAMUALAIKUM...




Wah kali ni apit wat segmen:Saya Suka doodle ....ofcourse le saye suke kan...ni kali ketiga saya join segmen dari http://www.fizgraphic.com ....almaklumlah..saya sgt suka doodle ni..apatah lg yg comel2 tu kan..doodle apit sume comel2..doodle atas ni boleh tahan comelnye kan..

NAMA: SOLEHAH
WARNA: BIRU LAUT

ok saya nak tag Syarah ,Tehah


jom2 kite join
wassalam

wanita, dah ready ke nak jadi ibu ?


wanita, dah ready ke nk jdi ibu...?? ni adalah 10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu... 

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Monday, March 19, 2012

Segmen : Saya Nak Doodle Korea


Assalamualaikum..
saya kembali join segmen dari blog http://www.fizgraphic.com utk kali ke2..
kali ni tajuk nye saya nak doodle korea..saya nak sebab saya nak hadiahkan kat kwn saya nak bg die jeles sket..dia suka sgt korea-korean ni...saya xminat pun...but doodle2 ni i like lah kan

dalam  SEGMEN SAYA NAK DOODLE KOREA
NAMA : SOLEHAH
WARNA: BIRU

saya nak tag miss korea Sabrina dan classmate saya Eiey

jom kita sertai..cepat..cepat..gud luck




Saturday, March 17, 2012

Senarai 23 orang pelajar bagi pengambilan ke-2 akan berangkat ke Mesir .

Assalamualaikum..
apa kabar?semua kalian sihat2 semuanya...
ok,bulan 3 tinggal 14 hari je lg nak melabuhkan tirainya...di penghujung bulan 3 ni jugak seorang sepupu saya (sebelah ibu) akan berangkat ke mesir..sangat jeles disitu..saya yang berumur 20an ni pun xpenah jejak lagi bumi mesir..tp dia yang baru 16 tahun dan berpeluang ke sana...




Senarai 23 orang pelajar bagi pengambilan ke-2 akan berangkat ke Mesir pada 29hb Mac 2012. InsyaAllah.


sepupu saya list yang ke 21..
semoga muhammad berjaya di dunia&di akhirat..
belajar rajin2 walaupun berjauhan dari keluarga nanti..
dr k.nor



wassalam..

Sunday, March 11, 2012

Jadual Puasa Sunat



Assalamualaikum...

Marilah kita set setahun ini dengan PUASA SUNAT.. 
Siap sediakan jadual lagi.. saya dapat dari facebook =)
Semoga mendapat berkat dan rahmat dari yang Maha Esa...
amin..♥♥




.:BEST FRIEND TILL JANNAH:.


Assalamualaikum...selamat pagi..
empunya blog terasa mengantok sgt pagi..mungkin disbbkan tdo lewat semalam..
almaklum menyiapkan assignment..tp xsiap2 jugak asignmentnye..ok,jom kite bace kisah BEST FRIEND TILL JANNAH..ni saya ambil dr i luv islam..jom membaca =)






Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.


1 new message.


Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.


Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.


Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.


Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.


Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.


Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.


Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.


Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.



Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.


Aku pasti.


Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.


Aku pasti.


Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.






Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.


Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.


Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.


Andai sahaja dapat aku kongsi.


Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.


Kamu janji, tunggu aku ya?



- Artikel iluvislam.com

Wednesday, March 7, 2012

kelas STA 560

Assalamualaikum...
petang tadi ade klas STA560 clash dgn BAB451...
tp saya g kelas STA560..so berkenalanlah dgn PM ZAIN HAMZAH..hehe


best jugak PM ZAIN..setiap kali dia nak mula ayat tertentu dia mulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..mcm ustaz pulak kan..ade jugak die siap keluarkan maksud surah didalam al-Quran...


pesanan dari PM ZAIN..dalam kelas awak belajar dgn saya 2jam..balik awk kena belajar 6jam..means triple lah kan..insyaALLAH PM ZAIN,saya ingat pesan PM ZAIN..


satu lagi..kenapa guna PM ZAIN?? PM perdana menteri ke??PM ZAIN kata dah orang bagi kite gunalah..=) betul jugakkan..


ok la jam pun dan 0133..esok ade klas pagi..ok,assalamualaikum

YaALLAH Kurniakan aku semangat yang kuat untuk belajar,belajar dan belajar...Bimbinglah aku supaya aku dapat bahagikan masa dengan duniawi dan akhirat...kurniakan aku sifat kesabaran yang tinggi,,kurangkan sifat marah dihati..amin ya Rabbal alamin

Wassalam

Tuesday, March 6, 2012

jika wanita yang cantik itu yg dicari, ia bkn saya..
jika wanita ayu yg dicari, ia bkn saya..
jika wanita kaya yg dicari, ia bkn saya..
jika wanita yg berpurdah yg dicari, ia bkn saya..
tapi jika anda mencari wanita yg ingin dibimbing.. ya itu adalah saya..
bimbinglah & berilah ilmu agama kepada saya..
walau siapa pun anda..(",)‎|

» PANTUN MINGLISH (MELAYU CAMPUR INGGERIS) «




Pisang emas you take belayar,
Masak sebiji on the peti,
Ilmu akhirat tak ramai nak belajar,
Ilmu dunia tinggi mana pun tak bawa mati.

Swing laju laju,
Sampai on the top pohon sena,
Everybody want to be maju,
Maju tapi lupa Tuhan apa guna?

If roboh the Kota Melaka,
Papan from Jawa we all dirikan,
Subject dunia pakat score belaka,
Bab agama semua cukup cukup makan.

High high the Matahari,
Anak catle mati tertambat,
Belajar agama untuk perbaiki diri,
Bukan nak compare siapa hebat.

Push papan pull papan,
Keranji fruits in the perahu,
Ilmu akhirat don't you dok simpan,
Amalkan dan pass pass kat yang tak tahu...



renung2kan.... ^_^

Monday, March 5, 2012

Sem Baru Bermula

Assalamualaikum...
selamat pagi..dah mandi ke?=)




berbalik pada tajuk atas dan jadual akademik..harini bermula la sesi kuliah untuk saya di sem 4...
tapi sedih juga kwn saya tak sekelas..skrg ni kawan saya dah masok kls dia..saya pulak kelas pukul 10.30pg karang..positive thinking..mungki ade hikmah sume ni berlaku..bersabar ye Za..bersabar ye,lama kelamaan anda serasilah dgn klas skrg..sem depan kite daftar cepat2..blh kelas sama,pegi kelas pun sama,makan sama...
sekarang ni saya nak mkn dgn sape?pegi klas pn ikot je sape pun..apepun , harapan saya, saya dan dia dapat teruskan belajar walau kelas yang berasingan...cukupla takat ni,xrak dah nak taip ni,ni p iron baju perut pn dah lapar..


ops terlupa sesuatu,senyumlah walaupun kita rasakan sesuatu tu pahit =)
sekian






YaALLAH,Kurniakanlah keatasku semangat yang berkobar2 untuk belajar di semester baru....Aminn




Wassalam

Sunday, March 4, 2012

04MAC12

Assalamualiakum...
selamat pagi

ape khabar semua...harini terjaga awal dari biase..
tido pun awal jugak ler..
tido sekejap sempat jugak mimpi..
dalam mimpi I,H,Z n saya...
terjumpa I,H di pasaraya..time tu saya n Z tgh cari barang depa pun tunggu la..pastu kami p CC nak p reg course..hehe..cam kelakar pulak mimpi  ni..pastu mimpi tu I,H mai umah saya(umah tu umah opah d k.k)..pas dorang minum2 dorang pn balik..sblm dorang balik sempat lg mak(dlm mimpi) warning kat saya.."kamu selalu tinggal gelas camtu je,jadi pas kwn2 kuar dari rumah saya p la basuh pinggan depa tunggu kat keta,sbb kami ber-4 nak keluar pegi kemana tak tahu la..mak sempat bg RM15 suh bagi kat adik I yg dpat 7APMR ..


>>sorryla,saya hanya bermimpi,xda skrip yang tersusun..tak lojik pn ade...
     mungkin ade yang xfaham dengan hasil penulisan saya ni..hanya bercerita kan berdasar kan mimpi...
     tertanya2 kepada diri??mengapa saya perlu mimpi mereka??hehe

Friday, March 2, 2012

selamat tinggal perak =(

Assalamualaikum...
selamat pagi..
alhamdulillah diri ini diberi nikmat kesihatan cumenye kurang makan..
byk minum ayor je..huhu


kini masa nyer hampir tiba..lagi bape jam lg nak nek bas..meninggalkan tempat kelahiran..berhijrah untuk menuntut ilmu ALLAH..waa sedihnye,xmau balik..huhu..barang2 pun nampak cam banyak..doakan saya selamat dalam perjalanan pulang ke S.A nanti..mungkin akan ke rumah sepupu di Ampang dan esokan baru mai daftar kolej..kat Ampang boleh jumpe anak sepupu a.k.a anak buah ler jugak kan ESYA,IRFAN n AFIQ..


barang ade sikit lagi xkemas..ok lah ye,nak settle kn sikit lg brg,ok,ilalliqa'




Wassalam...

Istikharah Cinta



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


Thursday, March 1, 2012

mAdaH pUjaNgGa (4)