Feeds

Monday, July 16, 2012







HARGA SEGELAS SUSU


Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.




“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”


Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.


“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.


“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.


“Tak perlu bayar.”


“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”


“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”


“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak it uterus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.


Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.


Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.


Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.


“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”






Pengajaran :: 
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.


Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41

SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS


Al-Quran menerangkan proses kejadian manusia
(di dalam rahim ibu)

Al-Quran dah ceritakan step-by-step tentang kejadian manusia dalam perut ibu, sedangkan manusia pada ketika itu tak tahu apa terjadi dalam perut wanita. Semua kronologi di bawah dibuktikan saintis hanya pada awal 1920an..!! 

1- Fertilization. Persenyawaan antara dua benih. 
2- Embryogenesis, hari ke 3-7. Seketul darah terbentuk, melekat pada dinding uterus, hasil persenyawaan.
3- Embryo, minggu 5. Daging embryo mula terbentuk. Jantung, hati, paru-paru, tunas kaki dan tangan mula terbentuk.
4- Embryo, minggu 8. Tulang-tulang tangan, kaki, dan kepala mula membentuk.
5- Fetus, minggu 20. Otot dan kulit mula terbentuk membaluti tubuh fetus.
6- Fetus, minggu 35-40. Bayi sudah berevolusi dgn sempurna. Diberi deria rasa, dengar, & lihat (mata bertindak balas)

Keith Moore and T. Persaud, The Developing Human: Clinically Oriented Embryology. Philadelphia, PA: Saunders/Elsevier 

Bukti Al-Quran mendahului sains:

Kemudian Kami ciptakan (campuran) air benih itu 
menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. 
(Surah Al-Mukminun: ayat 14)