Feeds

Wednesday, May 30, 2012

Dekstop my lappy

Assalamualaikum...


kesian kat lappy ku....
sume keje yang aku buat sume aku save letak kat dekstop..
maka begini lah hasilnya...




sekarang aku buat bel , sta550....
aku penat memikir untuk bel aku buat note...

letih menulis nota aku menaip bel..hehe
agak kalau kedua-duanya tak..on9 facebook..
SOLEHAH!SOLEHAH! facebook jugak ko cari ye..




sebelum tu nak kongsi ayat dr al-quran tentang sabar...


Pujian Allah kepada orang-orang yang bersabar:


".... dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa". (Al-Baqarah 2:177)

Monday, May 28, 2012

assalamualaikum...
TIMETABLE EXAM SEM 4 CS221 DAH KUAR...
WAH...CEPATNYE MASE..
SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSANKU INI...


Saturday, May 26, 2012

jiran taman perumahan ku..

assalamualaikum..

seakan tak percaya dia sudah tiada...teringat dia time kecik2 dulu duk men depan umah aku..tapi aku xtegur je,segan lebih..tp knl je die..
al-fatihah buat arwah..

myMetro | Empat maut kereta terbabas

Monday, May 21, 2012

Petua Imam Syafie


Assalamualaikum...

Petua Imam Syafie



Menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Melemahkan badan

1. banyak bersetubuh
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama 

Thursday, May 17, 2012

International Book Fair @ PWTC (5/5/12)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
apa kabar semua...saya luang masa sekejab sebelum nak tido...
nak story mory kisah 2 minggu lepas..ber derak dengan keinginan sendiri.. keinginan untuk membeli buku..memiliki buku utk menambah ilmu...hehe..
ok start cerite dah ye...

Dalam pukul 1430 saya bersama 4 sahabat yg lain bergerak untuk pergi ke International Book Fair @ PWTC.. naik turun tunggu bas dlm kul 4 lebih kami sampai KL SENTRAL..terus bergerak ke PWTC...
naik LRT ke MASJID JAMEK..dan dari MASJID JAMEK ke PWTC


kami sampai dalam 5 lebih kalau xsilap..terus solat asar then berlegar2 di dlm Book Fair...



pada permulaan nya saya tak beli buku pn..sbb ape yee???
sbb nye buku yang saya nak cari xjumpe lg...sahabat2 saya yang lain dah 4-5 bijik buku dah beli....
saya terus ke PTS..jln2 lg ke Galeri Ilmu,Telaga Biru.....ops lupe lak sblm tu ade ke karya seni.....mcm kat karangkraf tu cuci2 mata je...xdak beli ape2...








Antara buku2 yang saya beli :--


DI HAMPARAN SHAMROK KUSERU NAMA-MU

ISTHIKHARAH CINTA

KUTEMU CINTA-NYA

ACT LIKE A LADY THINK LIKE A MAN

CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU

OH! CINTA

Keluasan Ilmu Allah
Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).



Ok sekian dulu..sudah lewat..esok ade klas pagi...
wassalam

Wednesday, May 16, 2012

Segmen Doodle Part 1



Assalamualaikum....
alhamdulillah berkesempatan join segmen dari blog apit lagi...
segmen kali ni.  

Segmen Doodle Part 1


Nama diberi NOR SOLEHAH
code utk baju yg diidamkan  3ea6dc
code utk seluar diinginkan 1620e8

cik eiey n cik tehah jempot le join segmen ni...

Sunday, May 13, 2012

family kelate

Saturday, May 12, 2012

.:SESUCi CiNTA KHADiJAH:.


Hakikat cinta itu sering teruji
Sering dilanda badai duniawi

Menguji kuatkah cinta di hati
Kukuhkah ikatan yang terpateri
Dia menjadi lambang cinta suci
Kekasih sejati Nabi terpuji

Tak pernah lekang dari bibir dan hati
Mulianya dia seorang serikandi
Darinya lahir putera dan puteri
Zuriat penyambung keturunan Nabi

Diberi didikan tauladan Islami
Membesar menjadi pembela diri
Darinya lahir semangat memberi
Harta dinafkah ke jalan Ilahi
Tidak pernah takut miskin diri
Tetapi bimbang miskinnya rohani
Hanya mengharap balasan syurgawi


Dia  wanita suci lagi terpuji
Dialah Khadijah lambang wanita sejati
Isteri Nabi yang paling dicintai
Juga yang paling dirindui
Tak pernah ada pengganti

Layakkah kita menjadi sepertinya?
Mencintai Rasul sepenuh hati
Tak pernah ada ragu dalam diri
Memenangkan Nabi tiada yang ditakuti

Meski tak boleh menjadi serikandi
Cukuplah sekadar  sayap kiri
Membantu perjuangan para mujahid dini
Yang merindui syahid di jalan Ilahi

Peganglah duhai muslimah sejati
Walau sedikit semangat Khadijah isteri Nabi
Moga kita mampu memujahadah diri
Bangkit membela demi cinta Ilahi
Demi mendapat syafaat Baginda Nabi
Moga Islam kan terus  dijulang tinggi 

Monday, May 7, 2012

Segmen : Doodle Nama Saya



ASSALAMUALAIKUM..
alhamdulillah kali ni dpt join lg segmen dr blog apit..dah x igt dah yg ke berapa kali..

Nama SOLEHAH
Warna  BIRU

 saya nak tag Eiey , Syarah . K.Safra...
jom join segmen nie...

Saturday, May 5, 2012

Kekurangan Itu Kelebihan !


ASSALAMUALAIKUM W.B.T


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).


kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??


BERSYUKUR!




ya, itulah yang seharusnya.


tapi...


bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?


saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.


Sedarkah kamu?
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.


fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan". (QS Al Baqarah : 177).


saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:


"after every storm there is a rainbow"


Walau apa juga ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji tuhan.


Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.


Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.


Ingan kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.


ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.


Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.




kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.


dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?


renung renungkan.


Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.



"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]


sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaanNya.


nota: bersyukur dengan segala yang ada pada diri kita. Tuhan hanya menginginkan ciptaannya selalu menjadi insan yang baik dengan ujian kelebihan dan kekurangan itu. dan selalu peduli antara satu sama yang lain dengan cara saling melengkapi kerana kerjasama itu akan menjadikan kita insan yang bersyukur dan menciptakan kebahagiaan yang tidak dapat digantikan dengan apa pun. indahnya nikmat syukur dan sabar.


"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran."