Feeds

Thursday, October 10, 2013

7 CARA MEMUJUK RAKAN YANG EMO~

7 Cara Memujuk Rakan Emo


1.  MENGAMBIL WUDUK.
Ajak rakan emo kita sama sama mengambil wuduk. Sambil memujuk, kita katakana bahawa wuduk boleh menyejukkan hati yang lara.

2.  MENULIS SESUATU YANG POSITIF.
Berikan beberapa helai kertas dan pen kepadanya. Kemudian katakana kepadanya supaya menulis apa yang dicita citakan di atas kertas itu. Sambil itu, katakan bahawa menulis perkara yang baik dan positif  boleh merangsang fikiran kearah lebih baik.

3. MEMUJINYA DENGAN SEADANYA.
Duduk didepannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakan bahawa dia seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya jika kecantikkan dan kebijakannya itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu nanti, InsyaAllah Allah akan berikan ketenangan dan permudahkan dalam setiap urusan kita.
 
4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG.
Tanyakan kepadanya kalau kalau dia mahukan sesuatu: contohnya nak makan apa, minum apa, nak menonton apa apa….apa apa sahaja asalkan perbualan itu tidak melanggar syariat. Kalau boleh, lakukan bersama sama.

5. BERBUAL BUAL dan BERADA DISAMPINGNYA.
Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa apa sendirian. Kita mesti turut serta. Sebaik baiknya biarlah kita berbual bual dengannya tentang sesuatu yang menggembirakannya tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya.

6. MEMINTA MAAF.
Ringankan lidah kita untuk meminta maaf, andai kita penyebab emosinya terganggu. Mengaku kesalahan kita walaupun bukan kita yang memulakannya. Katakan kepadanya bahawa kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.
 
7. PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.
Jika rakan emo kita seorang yang agak degil, kita cari seseorang yang rapat dengannya untuk memujuk seperti adik beradiknya atau gurunya atau sesiapa sahaja yang kita lihat ada potensi memujuk rakan emo kita untuk dia luahkan perasaannya. Tetapi kita kena ingat, seseorang yang rapat dengannya itu biarlah mempunyai pegangan agama yang  baik. Kalau sebaliknya, ajaklah gru kaunseling atau ustazah/ustaz untuk berjumpa rakan emo kita itu.

sharing dr blog HusnaHumaira
0856-practical trainig
wassalam

MINI GIVEAWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3

Assalamualaikum..W.B.T


Syarat-syarat penyertaan:-
Yang beralamat di Malaysia Sahaja
Follow Blog T-shirt Mudah Terengganu
Like page T-shirt Mudah Terengganu 
Buat entry bertajuk " MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3"  & buat backlink ke entry ini.
Copy and paste gambar diatas sahaja untuk buat entry..
Tinggalkan Link di bahagian komen..


09 - 19 OKTOBER 2013