Feeds

Saturday, July 28, 2012

Giveaway Raya untuk Semua dari Atika Aula



ASSALAMUALAIKUM...
tajuk giveaway raya untuk semua..
dikesempatan itu...nak ucap selamat berpuasa buat sahabat2 sekalian...
puase cukup ke?
selamat bertarawikh..dan selamat bertadarus

nak join?sng je..empunye blog  http://atikaahmadiah.blogspot.com mengenakan syarat seperti di bawah:



Mesti ada blog
Rakyat Malaysia dan berada di Malaysia
Lelaki dan perempuan dibenarkan
Umur tiada had

nak tag :


Hadiahnya pula ialah :


1 tudung akel 60' yang bernilai RM 30 setiap satu x 2 pemenang utama.


Blog review selama 2 hari x 5 pemenang


Tarikh tutup giveaway :

9 Ogos 2012 (Khamis)



 والسلام

Balik Kampung - DeHearty

Assalamualaikum...
best nye nak balik kg..^__^
nak jumpe opah...

ooo...balik kampung..ooo balik kampung...hati girang

Free Badge by Kay SBK

Assalamualaikum...
salam ramadhan kareem..
selamat berpuase..
hope i get this...hehe

my details:

 - SOLEHAH -
HITAM + KUNING +PUTIH

Thursday, July 26, 2012

TWO HEART

"If two hearts are meant to be friends,
no matter how long it takes,
 how far they go,
 how tough it seems,
 fate will bring them together to share friendship forever."


(dilarang copy tanpa kebenaran)

perbuatan dan doa


Assalamualaikum..
baru selesai siapkan sahur...
sempat bukak laptop jab...
gara2 mau sharing dgn  sahabat2 sekalian...
selemat membaca..moga ade manfaat buat kite ye ^______^
ok,nak gerak adik ku yg sorg ni utk bersahur..
sahabat blogger pn selamat bersahur ye..




Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil menyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya - 
(Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)

- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian -
(Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)

- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut -
 (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)

- Apabila memegang timba berdoalah pula timba - 
(Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu -
 (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya - 
( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya! Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! 

(Al-Hadith)

Wednesday, July 25, 2012

..:10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah:..


Assalamualaikum..

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Tuesday, July 24, 2012

Segmen: Saya Nak Kad Raya by Fatimah Azzarah


Assalamualaikum...
nak kad raya blh..hehe..
lame dah xdpt kad raya ni...

terasa nak bg pantun ramadhan lah =)

dua tiga kucing berlari,
gelagat si kucing comel sekali,
lailatulqadar jangan lupa dicari,
moga Ramadhan kali ini diberkati.

tag:

Giveaway : Saya Nak Kad Raya



Assalamualaikum...
kali ni nak cune join giveaway dr blog http://misszberceloteh.blogspot.com..
nak join boleh klik pade banner yer...


pantun hari raya saya...


Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.



GA Tamat : 02/08/2012, jam 5 petang
cepat2 ye...

tag:

wassalam

Monday, July 23, 2012

待ってたよ!Ramadhan

Assalamualaikum...
nak sharing video nih..agak menarik...
jom sama2 kita hayati...

Ramadhan.
Aku sangat merinduimu.
Aku berharap dapat mencedok segala kebaikan di dalammu.
Sesungguhnya aku insan yang sangat lemah.




ok..sebelum tu dah solat subuh ke...
yg belum solat dulu k
wassalam..

Sweet Lizahanum Ramadhan Giveaway 2012

Assalamualaikum...


SWERT LIZAHANUM adekan RAMADHAN GIVEAWAY 2012 la..jom join kawan2

Syarat-syarat yang  Mudah & Senang :

1).Follower dan bukan follower ( nanti bole follow ) bole turut serta

2).Buat n3 tentang giveaway ini di blog masing2 

3).6 + 3 orang pemenang GA ini dipilih dengan cabutan undi.....

4).akan berakhir 31/7/2012 (12.00 am)..moh le kite

hadiah2 nyer manerik jugak...
antaranya:
-Kitab suci Al-Quran- 3 naskah + 3 (akan ditambah ikut penyertaan yg dtg)
-Yasin Al- Mathurat -6 naskah
-Manzil- -6 naskah
-Doa Harian- 6 naskah
-Penunjuk Al Quran- 3 keping(setiap keping ada 3 btg)

Second GiveAway by Sazalina Zakaria


Assalamualaikum...

alhamdulillah..kali ni cube join second giveaway by sazalina zakaria...


The owner of Share Your Love With Cards blog.
Hope I'll have luck here..Wanna to join..let's go..hehe





The deadline for this giveaway is on 31st July 2012. Winners of this giveaway will be picked randomly. I will be making an announcement on first week of August 2012.

wassalam

Sunday, July 22, 2012

Opah dapat Cicit lagi

Assalamualaikum...
Alhamdulillah baru2 ni sepupu saya selamat melahirkan baby nya...
baby girl lagi tu...
baby ni cicit opah yang ke sebelas dah juga cicit perempuan yang ke dua...
cicit opah 1 sampai 9 sume boy...




..:SEORANG NISA' SEBAGAI PENEMAN UMMINYA:..


CICIT OPAH KE 11


gambar ni diambil dari fb abi baby girl tomey ni...

baby girl selamat dilahirkan pada 19 JULAI 2012...
welcome2..
setiap tahun opah dapat je cicit...tahun ni ade lg tak..tahun depan giliran sape pulak...


Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Anak tersebut tidak membawa sebarang dosa yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya. Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat dicorakkan oleh orang tuanya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


wassalam


Segmen : Jom Blogwalking Di Bulan Ramadhan


jom join segmen ni segmen jom blogwalking dibulan ramadhan


 join sebelum 29 julai 2012 !!!


nak tag 2 yang bertuah iaitu :


wassalam

Giveaway Blog Cik Emma

http://cik-emma.blogspot.com/2012/07/giveaway-blog-cik-emma.html

Giveaway bermula pada 21 Julai 2012 sehingga 8 Ogos 2012 .

Saturday, July 21, 2012

Segmen : Kenangan Ramadhan



Assalamualaikum...
alhamdulillah berpeluang utk join segmen dr blog http://www.fizgraphic.com ...tajuk segmen kali ni agak menarik..SEGMEN RAMADHAN...
mengingatkan tentang ramadhan..teringat time kecik2 dulu..mase umo 6 thn...
saya diajar oleh mak untuk berpuasa...
hanya tuhan yang tahu betapa saya lapar sgt time tu..menggelepar kat dapur..mintak mak nak minum..hehe..
mula2 mak berkeras jugak..suruh tahan..tp saya mase tu tak tahan sgt..akhir nye mak mengalah.. lalu bagi saya minum..lepas tu baru ler saye menyesal..hihi..padahal time tu dah pukul 5ptg dah.. tu lah kisah time mula2 belajar puase..
adik2 tak pulak bermasalah cam saya ni..umo 6 thn tu boleh dah puase penuh..saya ni 1 hari pn susah..hihi
bagaimana pun semua tu kenangan buatku...kenangan yang akan dikenang..
SWEET MEMORIES (^^,)^^,)

NAMA : SOLEHAH
WARNA : #1109ad

cik tehah , cik eiey , cik hazirah  jom join..  (^__^)
semoga berjaya..

wassalam..
dah masok asar..Jom solat


..Ragam puasa ~


Assalamualaikum....
SALAM 1RAMADHAN dari saya...
 the owner of the ❤!bt!sam❤  =)
Selamat berpuase buat semua muslimin muslimat di dunia yg beragama islam

di bawah ni ade sedikit perkongsian yg saya ambil dr laman muka buku... laman yg sgt populur pd tika ini... tak kira tua muda ade je fb kan... yang ni dah di edit sikit..tp maksud nye tetap sama:
jom bace ...hiphiphorey ^__^




pengajaran yg dapat dr perbualan antara HANIF & SAFIYYAH ini :


Seboleh mungkin atau boleh dikatakan wajib bg saudara saudari sekalian yang profile nya di FB,Twitter,Blog dll yang belum menutup aurat akan menutup aurat , awak tutup aurat awak dah selamatkan orang lain dari berbuat dosa, dan awak sendiri terhindar dari dosa..INSYAALLAH


Allahu'Allam..Sekian dulu..
nak dkt masok waktu asar...
jom bersiap (^^,)^^,)






Salam Ramadhan 1433H


RAMADHAN INI
MARI BERPUASA KERANA ALLAH :)


Monday, July 16, 2012







HARGA SEGELAS SUSU


Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.




“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”


Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.


“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.


“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.


“Tak perlu bayar.”


“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”


“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”


“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak it uterus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.


Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.


Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.


Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.


“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”






Pengajaran :: 
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.


Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41

SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS


Al-Quran menerangkan proses kejadian manusia
(di dalam rahim ibu)

Al-Quran dah ceritakan step-by-step tentang kejadian manusia dalam perut ibu, sedangkan manusia pada ketika itu tak tahu apa terjadi dalam perut wanita. Semua kronologi di bawah dibuktikan saintis hanya pada awal 1920an..!! 

1- Fertilization. Persenyawaan antara dua benih. 
2- Embryogenesis, hari ke 3-7. Seketul darah terbentuk, melekat pada dinding uterus, hasil persenyawaan.
3- Embryo, minggu 5. Daging embryo mula terbentuk. Jantung, hati, paru-paru, tunas kaki dan tangan mula terbentuk.
4- Embryo, minggu 8. Tulang-tulang tangan, kaki, dan kepala mula membentuk.
5- Fetus, minggu 20. Otot dan kulit mula terbentuk membaluti tubuh fetus.
6- Fetus, minggu 35-40. Bayi sudah berevolusi dgn sempurna. Diberi deria rasa, dengar, & lihat (mata bertindak balas)

Keith Moore and T. Persaud, The Developing Human: Clinically Oriented Embryology. Philadelphia, PA: Saunders/Elsevier 

Bukti Al-Quran mendahului sains:

Kemudian Kami ciptakan (campuran) air benih itu 
menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. 
(Surah Al-Mukminun: ayat 14)

Thursday, July 12, 2012

degree sem 4

ASSALAMUALAIKUM..

alhamdulillah bertarikh 12JUN2012...
habis sudah paper utk semester ini...
tapi masih risau menanti result yg bakal keluar...
utk semester 4 ni...
only 4 paper yg ade final exam...
semoga dipermudahkan segala urusanku...



Ya ALLAH Ya Tuhanku,
KAU permudahkanlah segala urusanku…
hanya kepada ENGKAUlah aku berharap…
memohon pertolongan…

ku mohon kekuatan , ketabahan dan kesabaran dari-MU
agar dipermudahkan dalam menghadapi segala urusan sehari-hariku…
Sesungguhnya kepada Engkaulah ku berharap dan memohon pertolongan…
Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…

Sunday, July 8, 2012

Segmen: AKU & DIa



Assalamualaikum..
alhamdulillah rase nak join segmen kali ni...

aku adelah saya dia adelah my future husband...
sape dia xtau lg..dah kawen nanti tau la..
jodoh pertemuan ajal maut di tangan ALLAH S.W.T

sikap yang disukai...
yang pandai jaga hati..=)
yang boleh gerak smyg subuh @ berjemaah
yg baik dlman dan luaran

NAMA PEREMPUAN:SOLEHAH 
NAMA LELAKI : MY FUTURE HUSBAND
kami nak warna BIRU

JEMPUT JOIN EIEY N TEHAH