Feeds

Friday, February 19, 2010

Atasi Marah Dan Panas Baran


Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

sumber : berita harian

Saturday, February 13, 2010

VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)


Menurut pandangan Islam

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal
14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.: 
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “
tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila),bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:
“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.

1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI

  Valentine jelas-jelas bukan bersuber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak. 

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah :
“Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi :
“…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan
'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.

Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

~BERPELUANG~

Assalamualaikum....
maaf hampir sebulan xupdate blog nh...
nak kate xda masa ada masa...
cume xberpeluang bersama blog je...
almaklumlah bukan sokmo2 line internet kat bilik 2 dapat....kalau dapt low pulak...biasalah 2 kan...sepanjang 1bulan sy di UiTM...banyak bende yg berlaku....1st alhamdulillah SOLAT HAJAT PERDANA AWAL SEMESTER berjaya dilaksanakan...terimakasih kepada semua ajk pelaksana yg membanting tulang dalam menjayakan program...5hari yg lepas pulak kami dikejutkan dengan ketiadaan air...memang susah la xda air...baru kita rase bila nikmat yg kita dpt yg kita rasai ditarik...sepanjang hampir 2tahun saya blaja kat sana ni kali pertama tiada bekalan air yg berlarutan hampir 3hari sehinggalah sy balik ke rumah...alhamdulillah saya juga selamat sampai ke rumah pada 11Feb malam...dengan menaiki kereta ayah syera...thanks syera bg tumpang...kalau balik sendiri 12Feb la sampai rumah...dah duk rumah ni adk2 pn ramai yg balik rumah...cuti sekolah kan...seronok la,dapat jumpe...sebulan xjumpe nih...pasni xtaw bila pulak jumpa...ok lah setakat ni ja coretan..,nak balik kg jumpah Opah!!!wassalam

Friday, January 1, 2010

Masihi

SALAM TAHUN BARU 2010

Sunday, December 20, 2009

Hijrah

SALAM AWAL MUHARRAM 1431H

Saturday, December 19, 2009

Sebelum...Semasa...Selepas...

Assalamualaikum....

Nak share skit story percutian kami..Sharing Is Caring
Dah 3 hari balik dr bercuti..hari ni bru ade mood utk menulis..bukan pe malas nak menaip jer...kami bertolak dari rumah dlm kul 10.30pg 15hb..kamu lalu ikot tapah,ikot simpang pulai...sampai sane dlm kul 1...taw msok negeri PAHANG...saya xtido2 dah...terlalu excited agak nye...nak sampai kg raja mmg penantian btul...jauh jgk nak ketemu kg raja..bukit bukau diredahi..huhu...dan akhirnya ketemu la signboard KAMPUNG RAJA,xlama 2 KUALA TERLA,TRINGKAP n BRINCHANG...dalam pejalanan 2 ade gak singgah tempat2 org duk jual2...tp xbeli pn..tgk2 dlu..sbb taw lepas ni ade singgah tempat lain plak..adik2 ade la beli brg yg dorang minat...xlama 2 kami teruskann perjalanan nk cari tempat penginapan...kami sewa Apartment kat Star Regency Hotel...kebetulan tempat kami sewa 2 dekat ja ngn pekan nya...so,sng la nk jalan2...malam baru kami pakat kuar..ade pasar mlm kat depan hotel 2...ptg kami p kat tanah rata...mcm2 tempat jugak p...nak p ladang strawberi xbleh plak...almaklumlah...strawberi baru nk berbuah..coz,sebelum2 ni maybe dah ramai mai cameron dan p petik strawberi...klu beli dlm peket2 kecik 2 ade lg....dalam kul 7mlm kami balik hotel...air disana tersangat la sejuk..sejuk sesgt...cam air dlm peti ais 2...syukur alhamdulillah ade gak air panas (campur2 la jd suam).. malam 2 kuar lagi...kne pakai baju sejuk..angin malam lg le sejuk...pas2 balik hotel n tidur..esoknya siap2 barang..sbb kne check out sblm kul 12 tghari...pg 2 sempat lg p jalan2 ngn mak kat pekan brinchang 2...just round2 je...kul 11pg kmi check out...balik 2 singgah kat strawberi farm...kat situ bamyak jual2..mak pn nak cari sayur2 kat situ..saya bawak haluan sendiri dengan berjalan sorang...and ade la bli something...penat berjalan xlama 2 nak dekat balik baru bertemu my parents..kami bertolak balik grik..kali ni balik lalu ikot GUA MUSANG..sepanjang perjalanan aku tido..taw2 dah sampai kt Masjid Muhammad Faris Petra untuk solat...dalam kul 3 lebih meneruskan perjalanan...xsangka perjalanan kmi terlalu jauh..lalu habis DABONG,JELAWANG....sebelum ni aku penah dengar je xpnh sampai...mmg jauh n dalam gak tempat 2...bleh d kate kawasan pedalaman sket la...dlm kul 3.45 baru kami jumpak simpang ke JELI...time 2 bersyukur sgt...sebab igt sesat dah...almaklum xpenah lalu lg tempat 2 sepanjang duk kelate..klu Jeli 2 soh kato..sokmo tiap kali balik jupo...antara tempat2 yg saya igt sepanjang perjalanan 2...

Sg Mempelam,SMK Kuala Balah(besa dgr),SK Kuala Balah(besa dgr),SK Bukit Jering,Sg Terang,Kg Bukit Berang,Kg Kubur Datu,SK Kubur Datu,Kg Jabi,Sg Tapah,SK Lubok Bongor,Kg Renyok,Air Terjun Renyok...mcm lagi...yg lain xigt..

dalam 4.30 baru kluar dari perjalanan yg jauh 2...xlama 2 tayar keta wat hal plak..p workshop jab dan dah baik tayar terus perjalanan balik...2 pn sempat lagi ayah bawak p BAKETA..nk tgk sungai golok yg pisah MALAYSIA ngn THAILAND..dan terus pejalanan balik...maghrib kitorang sampai kat HENTIAN TITIWANGSA...solat,makan dan teruskan perjalanan.. kul 9 mlm baru sampai umah...ini lah cuti2 MALAYSIA kami..perjalanan di GUA MUSANG 2 akan segar dalam ingatan...jauh betoi..stakat ni jah dpt story...syukran..

wassalam...

Percutian...





Monday, December 14, 2009

CAMERON HIGHLANDS tunggu ketibaan ku...LANGKAWI akan ku ziarah nanti

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah diberi peluang mencoret serba sedikit di laman blog sendiri...
insyaALLAH,esok saya bersama keluarga akan pergi bercuti di CAMERON HIGHLANDS...planning sebenar kami untuk ke LANGKAWI..tetapi atas pelbagai masaalah yang tak boleh dielakkan kami terpaksa membatalkan hasrat itu.,apapun harapan saya sahabat seklian mendoakan kami selamat dalam perjalanan pegi dan balik..saya pun xtahu dah nak taip ape...nak tahu lebih lagi selepas saya balik nanti...ok,wassalam

*continue later

Wednesday, December 9, 2009

Derap-derap Tasbih






Cinta adalah anugerah terindah dari Sang Ilahi. Sebagai muslim atau muslimah, sewajibnya mensyukuri anugerah cinta dengan cara-cara elegan, cantik dan beriman. Sayang, Wardah, putri kiai pengasuh pesantren yang kesohor kealimannya, gagal mengelola gelegar cintanya pada Fatih, santri pengarang kreatif dan sekaligus anak asuh keluarga kiai tersebut. Bahkan, dengan emosi membara, Wardah berjuang untuk membuktikan pada Fatih bahwa tak sepatutnya Fatih menolak cintanya karena ia putri kiai besar, cantik dan berpengaruh. Sayang, Wardah kebablasan. Ia terjerembab ke jurang kelam penuh duri maksiat. Dan, siapakah yang mampu menyembunyikan aroma-aroma bau?


Peristiwa buruk yang dialami Wardah membuat Fatih merasa sangat bersalah pada kiai yang amat dicintai dan dihormatinya. Tapi, sang kiai menolak untuk menikahkan Wardah dengan Fatih karena janin di rahim Wardah bukanlah anak Fatih. Kata sang kiai, ?Setiap orang berhak mencintai dan dicintai bukan karena keterpaksaan atau belas kasihan, tapi keikhlasan.?


Didukung tema kritis yang menukik, setting yang kuat, alur kisah yang penuh kejutan, konflik yang mengharu-biru dan dentuman-dentuman karakter tokoh-tokohnya yang detil, novel religius ini mampu menghadirkan banyak renungan bagi setiap pembacanya guna memaknai dan mensyukuri cinta dalam bingkai harmoni keimanan dan kearifan tradisinya. Suatu sikap hidup yang terkesan sederhana, bahkan saking sederhananya terlalu sering disepelekan, tapi justru mayoritas kita bisa menjadi pecundang karenanya?


Sekarang dalam proses menhabiskan bacaan utk novel Derap-Derap Tasbih...buku nih sy pinjam dr spupu sy...n akan dipulangkan semula insyaALLAH...jalan cerita agak menarik..dikesempatan ni nak mengajok sahabat2 sekalian meh pakat bace novel nh...selamat membaca...wsalam..


*penulis meneruskan bacaan


Friday, November 27, 2009

Tiba jua.....

assalamualaikum....
pg dalam kul 4.30pg sudah berjage.. cube pejamkan mata tp still berjage pulak...akhir nye aku nekad bangun and p gosok baju..coz nak pakai p solat sunat hari raya aidiladha..and dalam 5.45pg siap diri utk solat and sebagainya...bersiap punye bersiap dalam kul 8.05pg gak la baru bergerak p MASJID GERIK(
agak kelewatan sebenarnya)..ayah pn dah bising suh cepat..laki ni bersiap lambat tul...so,kne tunggu abg and adik aku...coz,kitorg gerak sekereta jer...sampai kat masjid mmg ramai dah...maklumlah selame nih semayang2 gini kat surau je,tempatnye pulak bukan di GERIK tp K.KANGSAR..kire first time gak la...kat masjid ramai sangat org yg aku knl,tp org xknl aku kot(cikgu2,x-pengetua,kwn2, n others)..mulanye igt dah mula solat...tp blom lg,just takbir...xpasti la start smayang kul bape,yang taw nye nak balik tu jam dah dalam 9.30pg..aku jumpe la senior sek aku..sekian lame xnampak die sejak aku form1...siape die??abaikan...kami terus balik umah..coz,kat umah ade adk aku(tinggal sorang2)..balik umah makan lontong yg mak aku wat....very delicious...+++ nyer lah...pas makan ayah p tempat org korban bersame adk..kami p beraye umah m.long,m.nyah,m.su,p.teh after solat jumaat...kami jugak p ziarah kubur opah n atok(belah ayah) n husnina(anak ke-6 m.su)...

Salam Aidiladha 1430H....


Assalamualaikum.....Di kesempatan ini saya nk ucap Selamat Menyambut HARI RAYA AIDILADHA kepada umat islam di Malaysia...terutama kepada pengunjung blog nh...saya juga igt memohon maaf seandainya ade silap dan salah sepanjang perkenalan kita(buat yana kenali saya)...kite juga sedia maklum..,akan berlaku lah pertumpahan darah...siap2 kan lah parang,pisang or brg2 yang seangkatan dgnnya...lembu,kerbau,unta,kibas n yang seangkatan dgnnya (jgn lari..hehe)..serahkan diri...kite juga sedia maklum HARI RAYA AIDILADHA tersingkap sejarah pengorbanan terulung islam "ketabahan SITI HAJAR,kesolehah ISMAIL,dan ketaatan IBRAHIM"...hayatilah pengorbanan itu...Moga Halawatul Iman milik kita...insyaALLAH

Friday, November 20, 2009

Kawan (Sahabat)...



ERTI KAWAN:
SAHABAT(TEMAN)
BERSAUDARA

PENASIHAT

SUSAH SENANG BERSAMA

PENDORONG

SANGGUP BERPISAH KERANA KEBENARAN


2 PERKARA YANG MESTI KITA LUPAKAN
KEBAIKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBURUKAN ORANG LAIN PADA KITA

2 PERKARA YANG MESTI KITA INGAT
KEBURUKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBAIKAN ORANG LAIN PADA KITA


MUTIARA KATA SEORANG SUFI
HAK SEORANG KAWAN
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA,

JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA,

JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA...


CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula
BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja,

siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau cintai pula

-saidina Ali Abi Talib-

Thursday, November 19, 2009

ukhuwah kami....


assalamualaikum....ape kabar sahabat2 ku yg jauh dimataku,dihati dekat(xmsg xbermakne lupa..perlu diingat tuh)....ku merindui saat bersama kalian...hampir setahun setengah kite knl...walau kite dari pelbagai negeri...tapi kite tetap akrab,bg duk dlh satu keluarga(bg aku la)...semoga cuti sem kali ni sahabat2 sume dapat isi masa dgn perkara yang berfaedah...buat sahabat2 ku...ku mohon maaf andai tersilap kata,tersalah tutur bicara,tersasul ke..sepanjang perkenalan kita ini...asif jiddan dari saya..diriku insan biase..punya kelemahan dan kekurangan sehingga mungkin xdapat membahagiakan or menggembirakan kalian..maafkan ku sahabat,kawan & teman...terime kaseh wat sahabat2 yang banyak bantu aku dalam pelajaran...and ade yang bg advice utk naikkan semangat aku tika dalam kesedihan,ketensionan,kefrustan(adat la sume nh)..thanks...banyak sgt la kebaikan dari korg sume...timekaseh sahabat..timekaseh kawan..timekaseh teman..semoga ukhwah antara kita berkekalan selamanya...uhibbukifillah..



Ukhuwah

tiba detik pertemuan kita,
bermulalah sebuah persahabatan,
kisah kita kenangan bersama,
berkongsi segala suka dan duka,

begitu indahnya sebuah persahabatan,
memupuk sebuah kasih sayang,
ukhuwah sejati berkekalan,
takkan jalinan separuh jalan,

ukhuwah ini ibarat,
tali yang amat erat,
tak aan terputus biarpun,
ada pisau tajam yang memotongnya,

ukhuwah ini ibarat,
sebuah benteng pertahanan,
tak akan dapat diruntuhkan,
biarpun kuatnya musuh.

ukhuwah dalam persahabatan,
ukhuwah dalam kasih sayang,
dimana sahaja semuanya ukhuwah,
memang begitu lumrah kehidupan kita...


Wednesday, November 18, 2009

Kelebihan Bulan Zulhijjah 10 Hari Pertama

Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. Hari ini (18.11.09) merupakan permulaan kepada bulan Zulhijjah pada tahun ini. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah

Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3

al-fajr2

Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil

Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengmbil pandnagan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

hadith-11
"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).


Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,

hadith-22

Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj

al-buruj1

Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi

hadith-31

Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)

JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA

1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :

Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).


Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.

Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”

dan di dalam riwayat lain :

“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :

“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.


diambil daripada: http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=14&parent=06

Sekian lama...

Assalamualaikum... alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam...rasenye hampir 3bln xupdate blog nh...so,harini saya nak kongsi skit kisah kami rakyat CSD3CC...kami tinggal dalam sebuah negeri dengan kepadatan penduduk seramai 24 org...12 putera dan 12 puteri...so,nak di jadikan cite....one day kami ade plan nak g umah madam...so bertarikh (xigt tarikh pulak..sorry) kami p baramai2 p lah umah madam akaun kami...MADAM NINE NORAFIDA BT MOHD NOOR yang letak nye di Kubang Kerian...adatlah kan janji melayu,jgn wat xtaw...rancang lain bile sampai harinnye jd lain...so,after Zohor kami bertolak p kubang kerian...kami konvoi 3 kereta...n yg naek moto,konvoi sesame depa lah...dorg lewat skit....xlama 2 kami pn sampai umah madam...nampak umah madam xberkelip mata(betul ke..,fikir sendiri..ha2)..bukan pe terkejut skit jer..xcaya lak nak beraye umah sebesar itu...insyaALLAh rumah impian ku akan datang...1s t time masuk umah besar 2...sblm ni xpnh masok lg...selame nh duk tgk umah besar2 dari jauh jah...skrg dapat masok lg...syukur alhamdulillah dpt gak merase....sampai sane aku kesejukan..kurang sihat...tp aku menanti seseorg...xnampak die..1st time nak jumpe nh...excited jadinye...akhirnya termetrai pertemuan pertama kami with AMAR (anak madam kami yg umo 4bln ketika itu)...suke pegang die..suke main ngan die...sukelah,xtaw nak cakap camane..bahagia dirase...macam2 makanan ade...tp selera mkn aku xckup kuat time 2...so,mkn pulut jer...dlm 5lebih dkt2 kul 6 2 kitorg minx izin utk balik..sblom 2 kitorg brgambar sbg kenang2an dihari tua..hehe(gurau jer)...n bersalaman ngn keluarga mertua madam...lupa nak habaq..awai2 mai td salam gak taw...balik 2 empat keta lak...cox,se keta nh p umah madam awai sket.... insyaALLAH kenangan bersama kalian akan dikenang olehku....

thanks madam...