Feeds

Wednesday, December 22, 2010

ijazah sarjana muda for FSKM

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK

1)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Teknologi Maklumat)

CS220 / EC01 7 Semester

2)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Sistem Cerdas)

CS223 / EC20 7 Semester

3)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Pengkomputeran Perniagaan)

CS224 / EC13 7 Semester

4)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Kejuruteraan Sistem Maklumat )

CS226 / EC15 7 Semester

5)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik)

CS221 / ES09 6 Semester

6)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Sains Aktuari)

CS222 / ES10 6 Semester

7)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Komunikasi Data dan Perangkaian)

CS225 / EC14 7 Semester

8)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Perkomputeran Netsentrik)

CS231 / EC23 7 Semester

9)Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)

CS230 / EC00 7 Semester

10)Sarjana Muda Sains Komputer ( Kepujian) (Pengkomputeran Multimedia)

CS233 / EC09 7 Semester

11)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Matematik Pengkomputeran)

CS227 / EC17 7 Semester

12)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Matematik Pengurusan)

CS228 / ES69 7 Semester

13)Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Matematik)

CS229 / ES08 7 Semester

Saturday, December 4, 2010

bila terasa...

Assalamualaikum semua pengunjung blog saya..(koya ramai lak pengunjung..hehe)

Saat ini..tika ini..jam di dinding menunjukkan jam 1 pagi..hari ni saya rase penat sgt..padahal tak da wat pape..saya jugak rase letih sgt...rase sedih pn ade...saya teringat kawan2 saya..apakhabar kamu sume??saya harap sihat di bawah naungan-Nya..insyaALLAH...itulah kita,bila dah rapat dgn seseorang tu..bila berjauhan rindu-rinduan...sis za,sis nab,sis kak apa kamu tlh bubuh ubat rindu dlm minuman saya tika lunch terakhir kita bersama utk tahun 2010...(gurau2 je yer)....kerinduan ini juga ada insan yg dekat dgn saya, xlain dan xbukan cik Sabrina yg slalu kongsi idea,tlg buat kerja bersama,ambil berat xbg jln sorang mlm2,kitorang rapat mungkin sebab bidang tugas kitorang same..kalau nak kongsi dgn org lain mungkin dorang xfhm sgt...sbb dorang punya tugasan berbeza skit dari kami berdua nh..en pres rajin gak tanye hal2 luar bidang..tQ ambl berat jugak hal2 lain..its bcoz pelajaran juga penting...tapi (mood sedih)....continue sal cik Bina,walaupun kami baru knl rapat dlm 1thn setengah,tp rase cam dah lame knl..i hope persahabatan U and I berkekalan selamanya...U kawen jangan lupa ajak I....kerinduan juga pada Cik Syarah yg sentiasa di hati saya..this is MY BF...SHE IS MY BEST FREN...time kat kampus,saya selalu rindu kat awk..awk sahabat suka duka saya..saya bukan xmau selalu msj awk..sy pun tahu awk buzy ngn persatuan and belajar..termasuk jugak saya..sometimes saya free awk buzy n sometime awk free sy buzy...lumrah alam...biasalah tu adat student kan..kan..miss u syarah...saya rasa syukur sgt dapat jumpe awk before awk balik u bagi meneruskan exam awk...saya tahu mungkin sukar untuk kita jumpa lepas ni...cuti ni pun saya tahu awk ade program then trus duduk umah kakak awk...n xtahu bila balik grik....ape2 pun gud luck team Silat u awk yer..moga success..bawak balik pingat tau...banyak jugak mengarang nih...hati makin tenang..syukur alhamdulillah...dah diluah ape yg terpendam walau dalam bentuk tulisan..waduh2 solehah bukan men ayat nyer yer...kawan2 sekolah saya pulak skrg teringat sama CIK HIDAYAH(mmg rapat gak la),EN SYUKUR(rapat after school..dulu die xlayan kami ni)dll..ramai kalau nak senaraikan nih)...sambil2 duk layan diri sendiri tadi saya pun kemas la bilik dan barang2 utk balik ke u esok...saya sungguh tidak sabar kembali kesana..boring sesangat dah rase...duk umah on9 je ke..then men game..lalala...tadi saje duk bukak balik hadiah kengkawan...

thanks to all of u

ade lagi hadiah len saya tgk...hadiah time sy 19 thn dr ZA

pn ada lagi...byk gak la hadiah yg saya tgk..saje nk imbas balik brg berharga dari mereka...saya rasa di universiti ni saya lebih knl ramai org erti kata len saya xsombong la...kalau kat sek dulu berbeza sgt...student laki batch saya bape org je sy boleh wat sembang yang lain sekadar senyum atau kadang2 tidak..itulah saya...mungkin faktor kawan same...saya rasa saya mudah terikut cara org...tp mana yg xbetul tu saya xikutla...kdg2 ade jugak...rase cam malas dah nak taip...hati dah girang dah ni...

esok dah nak balik KELATE..suke nye...terisi sikit masa saya dgn perkara berfaedah..

ok akhir kalam....

wassalam...peace (",(,")



Thursday, December 2, 2010

Masalah kita..

Air yang panas menggelegak itu umpama semua masalah kita dan ketiga-tiga bahan itu menggambarkan yang mana satukah kita nak jadi. Jangan jadi seperti lobak merah, pada mulanya keras (kuat) tetapi lembut (lemah) apabila di rebus di dalam air panas (masalah). Jangan jadi seperti telur ayam kampong isi dalamya cair (umpama hati yang lembut dan boleh di bentuk), tetapi apabila direbus menjadi keras (hati menjadi keras umpama batu) walaupun daripada luar kelihatan masih sama. Jadilah seperti coklat panas itu, menukar air panas itu dan menjadi air coklat panas yang enak. Begitulah kita yang sepatutnya, jadikanlah masalah itu sesuatu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berharga di dalam hidup, moga-moga kita lebih matang dan bijak menghadapi masa hadapan.

Tuesday, October 26, 2010

.: PELANGI SELEPAS HUJAN :.



Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam.


" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "

" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.


" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "

THANK YOU ALLAH


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Sunday, October 24, 2010

Final Sem kembali lagi...

Assalamualaikum....
dikesempatan ni saya NOR SOLEHAH  ingin memohon maaf kpd sesiapa yg berkenaan mmg byk pn buat korang terase..terpaksa..dipaksa..huhuhu(...........................)
mohon maaf dgn sgt juga kpd sang pencipta...
terutama kpd ibubapa saya..
k.nor minx maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki selama 20 tahun k.nor jd anak mak ayah...semoga mak dan ayah sihat dibawah lindungan yaRabb...
mohon maaf juga kpd kwn2 sy(especialy yg dkt dgn sy skrg di UITM Machang)
juga kepada kwn2 yg dekat dihati saya(syarah,wani,dayah(kata2 semangat mu sgt berguna utk ku). dll) (♥uALL)
salam mohon kemaafan juga kpd pensyarah2 yg mengajar saya sem ini
saya juga ingin memohon maaf pada diri saya sendiri kerana.......................(sy je kne tau)



JADUAL EXAM
*28 OKT - ITS250*
*30 OKT - QMT 350*
*8 NOV - QMT 225*
*14 NOV - FIN 203*


Saturday, September 25, 2010

LARIAN TERBUKA 1MALAYSIA

assalamualaikum....sudah sebulan lebih x mencoret d blog sendiri...mungkin kemalasan menaip menjadikan blog ini sunyi(hehe)...harini nk kongsi sket cerita suka-happy saya...dpt menyertai larian buat pertama kali utk diri saya selama berada d UiTM Machang...2 round pusing UiTM Machang,agak penat...tp xla terlalu penat...maintain la katakan...sepanjang larian berduet with Sabrina...dengan bantuan tuala biru Syaza(hehe)...berjaya menamat larian pada rangking ke-??(malu eh nk oyak)...bg diri saya best larian harini...sbb dah lame dah berkeinginan nak melibatkan diri dalam program sebegini...sedikit gambar dirakamkan sebagai tanda kenangan..hehe..gambar pmenang je ade..



Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




MARHABAN YA RAMADHAN



Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhar)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.


Thursday, July 15, 2010

semester baru...


assalamualaikum....
masih berkesempatan mencoret dilaman ni...
sedar tak sedar sudah 2tahun berada di negeri KELANTAN ini...
permulaan sem baru ini..semangat belajar pun tinggi...hope akan berterusan..perlukan juga dorongan dan pertolongan dari kawan-kawan dlm pelajaran...tiada ape lg nk diperkataan...
hanya nak katakan selamat belajar kepada sume kwn2 terutama classmate CSD5CB...xlupa kwn2 kelas CSD5CA.juga sme senior2 & junior2 UiTM Mache..hehe..

(= SELAMAT BELAJAR =)

Sunday, June 20, 2010

Cuti dah nak habis...


Assalamualiakum...
syukur alhamdulillah masih punya peluang mencoret di blog sdiri...

bermula 10/5 - 20/7 berada dirumah...xtaw le pe yg ade dibuat....pejam celik dah nak mula sem baru dah...kali ni balik di u lebih awal dr biase krn punye tugasan...tugasan yang beri pengalaman baru untuk diri ini...

YaALLAH,kurniakan kpdku semangat yang berkobar-kobar untuk belajar bersungguh pada sem hadapan...

Time check result harituh agak meremuk kan hati...kolej alhamdulillah berjaya..walaupun pade sem ni ramai student UiTM KELANTAN tidak dpt kolej...ini berikutan intake student baru lbh ramai dr kebiasaan..kepada yg xdpt kolej..try mohon rayuan dlu...insyaALLAH kalau da rezeki dpt

ok..syukran jazilan
wassalam..


Saturday, June 12, 2010

Tolong ingatkan,tegur,sedarkan,sabarkan si dia...

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana akhlaqnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

-SELAMAT HARI GURU-
~Guru pembina Negara Bangsa~

especially 2 my mother,cousin2,n sedara sepapat

juga ditujukan khas buat guru2 yg pernah mengajar ku di PASTI AR-RAHMAN(95-96) , SK TAN SRI GHAZALI JAWI (97-02) , SMK SULTAN IDRIS SHAH II (03-07)

juga kepada warga pendidik di UiTM KELANTAN

tidak lupa juga kpd sahabat saya NOR HIDAYAH RAFIE...bakal pendidik anak bangsa...juga kepada rakan2 diluar sane yg lain yg bakal menjadi pendidik serta guru2 di MALAYSIA..


SELAMAT HARI GURU
2010

Thursday, May 6, 2010

.:SAHABAT:.

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.. Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu.. RENUNGILAH… HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

exam time

CSD4CB

selamat menduduki exam...

CSC125
MGT160
MAT253
QMT220




Saturday, April 3, 2010

kembali berkarya....


Salam....alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk hidup...tika saat ni sahabat2 ku masih diulik mimpi...sudah 6 hari ku berada di rumah AISHAH...harini adalah hari terakhir,harini jgk bgun awal dari yang lain...excited nak balik kot...sepanjang berada di negeri pesisir pantai ni,banyak jugak tempat yang kami p...antaranya tasik kenyir(naik bot),Sekayu,Muzium Terengganu,Masjig Kristal,Masjid Tengku Tengah Zaharah,around Syahbandar,Pantai Cendering n ade lagi(lupe name tempat)...cara tempat org xsama ngn tempat kita..bile mai cni kne blaja serta ikut cara cni...disini ingin ku ucapkan terimakaseh kpd sume sahabat2 ku yang menjayakan trip kita..semoga kalian diberkati ALLAH selalu