Feeds

Monday, April 23, 2012

Why I Love Him?



ASSALAMUALAIKUM W.B.T






Cinta itu apa sebenarnya?


Ramai orang bagi definisi cinta tapi susah nak faham. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memberi kaedah yang mudah. Tq ulamaku.


"Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab."


Sebab?


Why?


Sebab adalah nyawa cinta.


Tanpa sebab, matilah cinta.


Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan.


Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi.


Tertipulah orang yang anggap cintanya suci dan abadi tapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi...


sebab dia pandai...


sebab dia cantik...


sebab dia hebat...


Sedangkan Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu.






Kalau dia pandai. Allah Maha Pandai.


Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik.


Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat.


Allah yang ciptakan dia dan semua mahkluk hebat di dunia ini.


Allahlah patut duduk nombor satu dalam sebab cinta kita.


Kalau 'sebab' kita cinta dia kerana Allah, maka tunjukkan pada Allah, apa buktinya?


Sudah tentu buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.


Apa dia?


Perlu ke majlis ilmu untuk tahu, bacaan berfaedah dan dekati orang-orang soleh.


Jom!


- Artikel iluvislam.com

Sunday, April 22, 2012

KunFayakun


ASSALAMUALAIKUM




ZikirNYA terapi hati..
SujudNYA penenang jiwa,
Dalam kelam beroleh cahaya..
Moga keimanan temui kejayaan..
Moga hati istiqamah dalam iman..

Walau diri sering mengabaikan kasihNYA,
Walau hati tidak tulus dan setiap dalam waktu sujud kepada Pencipta..
Ditemani gangguan nafsu
Dikelirukan dengan perkara lagha
Namun, sinarNYA tetap menyembuhkan hati
KasihNYA tetap menyuburkan jiwa,
RedhaNYA tetap menyuluh jalan keimanan
Moga hati terus bersyukur


Ya Allah, ampuni dosaku
Ampunkan silap dan kelalaianku
Kurniakanlah aku maghfirahMU
Kurniakanlah aku keimanan teguh agar dapat menjadi khalifah berjasa di bumiMU
Jadikanlah aku insan yang bermanfaat,
Dan menyeru amal makruf nahi mungkar
Amin

"Kunfayakun, Jika ALLAH menghendaki sesuat hanya berfirman: 'Jadilah' ; maka jadilah ia."
(Surah Yassin; hujung ayat 82)



- Artikel iluvislam.com

KELANTAN !!

Assalamualaikum....

dahulu sebelom aku menjejakkan kaki ke kelantan..dalam fikiran ku penat terfikir..org kelantan ni mesti sume pakai tudung means tutup aurat..ini berikutan aku terbaca berita di akhbar siapa tak tutup aurat kene saman...saya jugak tahu Menteri Besar nya Tok Guru Nik Aziz...negeri itu di panggil negeri serambi mekah?? knp ye??mungkin kerana pemerintahnya?atau rakyatnya?atau ape2 aje...aku xpasti sbb aku xwat siasatan lg..hehe..satu lg lorat kelate langsung2 aku xtahu..melainkan perkataan SOKMO...

bila aku dah jejak kaki...jiwa dah serasi ngn kelate..baru ku tahu rakyat negeri tu sama je dgn rakyat negeri lain..malahan ada yang lebih dan ada yang kurang ..yang membeza kan antara negeri lain mungkin pemeritannya...selain itu negeri2 lain xda kenakan saman pada yang tak menutup aurat..dan di kelate mengenakan saman pada yang tak tutup aurat(xbertudung bg muslim)..tp ramai jugak yang tak menutup aurat...yang aku suka tgk kat kelate banyak sek2 agama,maahad...tp kalau cam kat tmpat aku maahad tu dh kira SBK kalau di kelate kerajaan rasenye..aku juga mula belajar kecek kelate..dr sesimpal perkataan menjadi satu ayat yang panjang dan panjang...alhamdulillah aku boleh ngam dengan sume orang...aku buleh terima budaya sana..tp yang paling jelas aku tak boleh terima BUDU n NASIK KERABU..hehe...sampai sekarang aku belom penah mkn 2-2 bende tu...coming soon maybe...hehe......ckp sal kwn,kebanyakan kawan aku mereka tak boleh ngn dengan perangai budak kelantan...sampaikan baru2 ni kwn aku ade cari umah sewa,dan mintak aku tlg carikan jugak...aku pn cakap aku de kwn org kelate duk umah sewa..tp mentah2 die tolak..aku pun tak tahu sbb ape..mungkin pengalaman lampau die semasa kat kelate dulu dan berkawan ngn org kelate yang mulut nye agaklah xberagak menyebabkan dia xblh terima org kelate sampai skrg...

hadoih panjang ler pulak menulis..ni baru kelate..hehe..ni just cerita berdasarkan pengalaman hidup...1 lg aku lupa...dulu2 zaman aku sek kwn2 aku sokmo cakap ore kelate ni gatai..tu yang nak nikoh awal..biaselah time tu duk ngn sep perak dgr la depa duk ckp pasal negeri lain...bila di universiti..dgr pulak sep2 kelate duk ckp pasal negeri2 lain...hehe..kalau dah di katakan manusia biase lahkan..xpuas kalau tak mengata..salah nye sorang satu negeri kena..alahai baik sgt ke seempunya bercakap tu..igtan utk saya jugak...

ok la aku tak tahu nak tulis pe pun tadi..tp terpanjang pulang...
doakan saya melupakan kisah2 silam saya...setiap hari sebelom tidur saya akan teringan org yang saya tak puas hati dan akan memaafkn beliau,tanpa diketahu die...ini kerana saya mampu buat melalui hati..kalau dr mulut nak tutur maaf agak sukar,tp ada jugak dr mulut.....=)....

ok lah sekian dulu celoteh saya..akan di sambung esok dgn topik yg berbeza..
sekian,wassalam

Saturday, April 21, 2012

Hiburan Malam HARI..~

ASSALAMUALAIKUM..

semoga ALLAH S.W.T mudahkan segala urusanku ini...




Tajuk Nasyid : Setiap Kali
Artis : Devotees


Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja

Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa padaMu Allah
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

(Suara Latar/Backup)
Oh tuhan yang maha penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Durjana yang sentiasa mengarahku
Kepada kemurkaanMu
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaanMu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku


Segmen : Nak Doodle Nie Part 2!

Assalamualaikum..

alhamdulillah dapat join segmen utk kali ke-5,dapat tak dapat tu tak tahu lah kan...
ok disini saya serta nama SOLEHAH suka@nak warna BIRU..
hope http://www.fizgraphic.com dapat bg ler..makaseh..
utk kawan sekali yang berminat nak join moh kite bukak link ni http://www.fizgraphic.com/2012/04/segmen-nak-doodle-nie-part-2.html


Sunday, April 15, 2012

Our group member

assalamualaikum...
ni adelah gambar kami/kitorang...
esok bertarikh 16/4/2012 kitorang ada present


wassalam

Wednesday, April 4, 2012

STRESS di mlm hari

Assalamualaikum....


mohon maaf jika ade yang xsenang bace post ni..kalau xberkenan go out lah..tak payah sibuk2...
dua dlm satu ni agak terbeban di kepala...muka pn dah payah nak senyum..senyum pn terpaksa bukan rela... stress btoi naa... hope perancangan ALLAH ni ade hikmah nye..saya merancang ALLAH S.W.T menentukan... sesungguhnya perancangan ALLAH s.w.t terhadap diriku ini adalah sebaik2 perancangan...jgn banyak mengeluh solehah bila dilanda bebanan yang byk dan berat..


Ya ALLAH Ya TUHANKU...permudahkanlah urusan hambamu ini...kuatkanlah imannya yaALLAH...kuatkanlah semangat dalam dirinya ya ALLAH...kuatkanlah hatinya yaALLAH...Tabahkanlah hatiku untuk melalui hari2 mendatang...amin ya Rabbal Alamin




mood tika sgt kritikal..hanya diri sendiri je tau...mereka ape tau....sebab hanya aku yang lalui,hanya aku yang tanggungi...aku nak share jauh sekali..dlm blog ni pn untuk mengurangkan ke stresssan..supaya ia akan menjadi satu kengan kata2 untuk yg akan dtg...




maaf sekiranya ade yg tak faham...hanya saya je faham ye =)


wassalam

Tuesday, April 3, 2012

Segmen : Comelnya Doodle Part 2


assalamualaikum...
alhamdulillah saya berpeluang join segmen comelnye doodle...best nye kalau dpt doodle ni
dan nak kaler biru..segmen ni dari blog http://www.fizgraphic.com/ ...segmen yg ke4 yg pernak disertai dari blog tersebut


NAMA: SOLEHAH
WARNA : BIRU


nak tag Fika dan Huda...jom join segmen ni..

Friday, March 30, 2012

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu


Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?

Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.

Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.

Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?


Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.

Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?

Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

"Bila Hati itu Bertulang."

Wednesday, March 28, 2012

10,000 mahasiswa meriahkan majlis amanat

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri 21/03/12

Tuesday, March 27, 2012

SMILE.it is sunnah



ASSALAMUALAIKUM...

Rasulullah SAW bersabda,
"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."
(HR Tirmizi dan Abu Dzar

Friday, March 23, 2012

Segmen : Saya Suka Doodle

ASSALAMUALAIKUM...




Wah kali ni apit wat segmen:Saya Suka doodle ....ofcourse le saye suke kan...ni kali ketiga saya join segmen dari http://www.fizgraphic.com ....almaklumlah..saya sgt suka doodle ni..apatah lg yg comel2 tu kan..doodle apit sume comel2..doodle atas ni boleh tahan comelnye kan..

NAMA: SOLEHAH
WARNA: BIRU LAUT

ok saya nak tag Syarah ,Tehah


jom2 kite join
wassalam

wanita, dah ready ke nak jadi ibu ?


wanita, dah ready ke nk jdi ibu...?? ni adalah 10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu... 

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Monday, March 19, 2012

Segmen : Saya Nak Doodle Korea


Assalamualaikum..
saya kembali join segmen dari blog http://www.fizgraphic.com utk kali ke2..
kali ni tajuk nye saya nak doodle korea..saya nak sebab saya nak hadiahkan kat kwn saya nak bg die jeles sket..dia suka sgt korea-korean ni...saya xminat pun...but doodle2 ni i like lah kan

dalam  SEGMEN SAYA NAK DOODLE KOREA
NAMA : SOLEHAH
WARNA: BIRU

saya nak tag miss korea Sabrina dan classmate saya Eiey

jom kita sertai..cepat..cepat..gud luck




Saturday, March 17, 2012

Senarai 23 orang pelajar bagi pengambilan ke-2 akan berangkat ke Mesir .

Assalamualaikum..
apa kabar?semua kalian sihat2 semuanya...
ok,bulan 3 tinggal 14 hari je lg nak melabuhkan tirainya...di penghujung bulan 3 ni jugak seorang sepupu saya (sebelah ibu) akan berangkat ke mesir..sangat jeles disitu..saya yang berumur 20an ni pun xpenah jejak lagi bumi mesir..tp dia yang baru 16 tahun dan berpeluang ke sana...




Senarai 23 orang pelajar bagi pengambilan ke-2 akan berangkat ke Mesir pada 29hb Mac 2012. InsyaAllah.


sepupu saya list yang ke 21..
semoga muhammad berjaya di dunia&di akhirat..
belajar rajin2 walaupun berjauhan dari keluarga nanti..
dr k.nor



wassalam..