Feeds

Thursday, February 7, 2013

Kata-kata Buat Sahabat




" Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan,
Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,
Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan
Dia Juga Perlukan Kawaan Sebagai KekuaTan.
KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."
"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."
"Tanda-tanda sahabat yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."
"Semulia-mulia sahabat ialah sahabat yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"
"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,
cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,
dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak,
tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya."
"Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama.Keikhlasan seorang sahabat itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang."

"Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe"
"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."
"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."
"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia."
Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya."
"Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya"
"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."
"Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan"
"Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar dari sahabatmu tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya."
"Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya.
Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh."
"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa"
"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
"Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya"
"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"
"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.Seburuk-buruk buta adalah buta hati"
"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."
"Persahabatan memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."
"Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam."
"Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."
"Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik,
kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,itu adalah mulia dan terpuji."
"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah,
dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya,
ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."
"Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya"
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya,
kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan
mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki,
jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
"Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa,
seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
Orang datang dan pergi tetapi sahabat sejati akan selalu diingat di hati
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinya."



"BiLa CiNtA KeRaNa ALLAH..BeRpIsAhNyA TiDaK GeLiSaH..BiLa RiNdU PaDa YaNg SaTu..BeRtEmUnYa PaStI TaK JeMu..UkHwAh ItU InDaH...BiLa KaSiH SaYaNg KeRaNa ALLAH.."

"KETIKA KAWAN ADA DI SISI,JARANG KITA HARGAI.BILA KAWAN TIADA LAGI DI SISI,BARU NAK MERAUNG SETENGAH MATI.LUMRAH KEHIDUPAN MANUSIA DI DUNIA INI........"

"Persaudaraan itu ialah mutiara yang halus,jikalau tidak engkau menjaganya,nescaya akan mendatangkan bahaya..Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu dan bukanlah orang yang dapat membenarkan kata-katamu...(Luqmanul Hakim) "

"fReN... iz A tisSue wHen yOu cAn't sTop cRying fReN...

iz A shOuldEr whEn yoU feEl likZ dYing fReN...

iz alWays liSteNs wHen yOu hAve soMethiNg tO sAy fReN...
iz A weEk whEn yoU neEd a dAe fReN...
iz a cRutCh wHen yOu haVe A brOkenHeart fReN...
iz sOme glUe whEn evErythiNg faLl aParT fReN...
iz A sUn wHen thE rAin jUst wOn'T sTop fReN...
iz yOur mOm whEn yoU ruN inTo A coP fReN...
iz A pHone caLl wHen yOu cAn'T lEave yoUr hOme fReN...
iz A haNd whEn yoU feEl aLl aLonE fReN...
iz a WinG iF yOu wAnt tO fLy fReN...
iz uNdeRstaNd wiThoUt kNowinG wHy fReN...
iz An eaR fOr a sEcreT tO teLl fReN...
iz aN aSpiriN wHen yoUr hEad huRts liKe heLl fReN...
iz a lOve tHat cAn nEver leT gO fReN...
iz yOu N i wAnteD yoU tO kNow

*Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
*Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
*Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,
kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
*Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat,
dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
*Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,
maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu
dan rahsiamu.
Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,
maka ambillah dia menjadai sahabat.
*Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
*Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
*Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu,
dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
*Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,
kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
*Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
*Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
*Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
*Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.
Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
*Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat. *
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
*Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
*Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
*Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,
hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
*Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
*Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.
Kerana teman saling mencontohi.
Hidup tidak akan ceria sekiranya kita keseorangan.
Berbekalkan fitrah semulajadi yang telah Allah tentukan,
kita rasa bahagia bila dapat berkawan.
Bersama kawanlah kita mengenal erti kasih dan sayang sesama insan,
menyulam ilmu dan pengalaman dalam kehidupan.
Alangkah bertuahnya badan jika kita mendapat sahabat yang sejati,yang memahami diri kita,
selalu menasihatkan bila terlupa,sentiasa membantu dan mengutamakan perasaan kita,
susah dan senang bersama............untuk renungan bersama....
tidak orang berdosa yang tidak ada masa depan dan tidak ada orang yang sempurna yang tidak ada masa silam

Friends AreFriends are forgiving,
caring and cool,
Friends do support you in all that you do,
Friends make you feel good, they make you feel great,
Friend's don't pretend that it's you that they hate,
Whatever you say, whatever you do,
Just you remember your best friend is you!!!
Teman sejati adalah teman yang tidak melihatmu dengan matanya
tapi dengan hatinya sahabat ku...andai kau bisa tahu tentang aku...
akulah yg terlalu amat menghargaimu...lebih dari dia kekasihmu....

sahabat..hadir utk berkongsi tawa..
dan menyapu tiap juraian air matamu ketika kau tgh bersedih...
sahabat juga yang bisa mendengar hatimu tika kau menagis dan
pergi tika kau bergembira bersama teman lain...
kerana tali persahabatan itu lebih kukuh dari hubungan cinta yg tak pasti...
jika cintamu pergi...carilah sahabat sebagai peneman kesedihan cintamu...
sahabat itu akn sentiasa buat kau tersenyum dan gembira...percayalah..teman...

kawan dan cinta berjalan seiring...tiba2 cinta jatuh dalam perigi..kenapa..??kerana cinta itu buta...
tiba kawan pun terjun juga dalam perigi...kenapa..??kerana kawan sanggup buat apa saja demi cinta....

aku juga mengharap agar kau sentiasa bajai persahabatan ini ingatan di hati
walau aku pernah melukai hatimu... andai terlukanya seorang sahabat itu,...
dia bisa memaafkan...kerana tanpa sahabat itu...ia akan kehilangan keupayaan diri,..
tiada cermin peribadi utk dijadikan petunjuk kelemahan diri...

Persahabatan itu umpama aliran air sungai yang mengalir seiringan sama sama menuruni lembah dalam sama sama mudik ke kuala,
sama sama menyambut aur dan sama sama kekeringan kala kemarau tiba...
.sama sama menyuburkan bumi meresap ke bumi dan mengalir semula tanpa jemu.....
bergitu utuhnya nilai sebuah persahabatan yang terjalin

SAHABAt yang baik akan sentiasa berada di sisi pada saat kita memerlukannya.
Setiap insan memerlukan seorang teman,
hidup secara berkelompok atau memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan. Sebuah persahabatan yang bahagia memerlukan jalinan perasaan yang luhur, tulus dan sejati.
Sikap egois sememangnya tidak perlu wujud dalam konteks persahabatan kerana
ia akan menghancurkan persahabatan itu sendiri.
Sebaliknya, ia diganti dengan sikap saling memahami dan percaya-mempercayai antara satu sama lain. Persahabatan yang terjalin dengan tulus dan ikhlas ternyata menjadi kunci terbaik dalam mengekalkan sesebuah ikatan persahabatan.
JIKA ANDA BERSAHABAT,BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA, BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

a frenz is one of nicest thingyou can have and the best thing u can be..
a frenz is a treasure..and if you have one..
you have the most valuable gift...
a frenz is someonewho's alway therea frenz is a feeling of forever in your hearta frenz is someone like you....

Walau Di Mana Anda Berada..
IngatLaH selalu Bahawa Di Satu Sudut Dunia Ini
AdaNya Seorang Insan Yang Sentiasa Gembira Jika Kawan-KawanNYa Gembira.
Dan Insan Yang Sentiasa Menangis Tika KawanNya Berduka. Percayalah...

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

Kawan ada dimana-mana,tak cari tp dia datang juga,
kerna ia tak kenal siapa,mana dan dia sapu ja.
Tp kawan tak sama ngan kekasih,hati pedih kekasih menyisih,kawan dtg memberi kasih.
Kawan lama ditagih,kawan baru dinanti,tp takkan sama kawan lama sebab dia dah lama kenal kita.

SAHABAT UMPAMA BELON,
BILA DI LEPASKAN IA PERGI,TK MUNGKIN DPT MEMBAWANYA KEMBALI.
DARI ITU IKAT KUAT TALI PERSAHABATAN DLM HATI SANUBARI DGN KEIKHLAS
DDLM PSHBTAN HRUS ADA BTOLAKANSUR,MENGALAH TDAK BERTI KALAH,
HINDARKAN SIFAT KEGOAAN DARI HLANG SATU PSHBTAN YG SMEMANGNYA SUKAR DIDATANGI

SAHABAT ADALAH SESEORANG YANG DAPAT MENERIMA KEBURUKAN KITA TANPA MENJAJANYA PADA ORANG LAIN. SAHABAT SEJATI IALAH SAHABAT YANG BERANI MENEGUR KESILAPAN KITA DAN
MEMBANTU KITA MEMPERBAIKI DIRI.
MENYEDARI AKAN KEPINCANGAN DIRI KITA DIA AKAN MENJADI TONGKAT UNTUK MEMBANTU KITA BERDIRI.

Kadangkala sahabat setia anda boleh menjadi musuh pertama didiri sendiri,manakala org tak dikenali akan menjadi teman sejati dimasa yg singkat.
Tanpa jembatan takkan sampai ke seberang.
Tanpa dorongan cita2 kita tak sampai keMana,
itu la perlunya keluarga atau sahabat Sahabat yg baik akan mengerti kata sahabat...
Ia nya tak akan mengecewakan dlm jalinan persahabatan
Persahabatan sering di akhiri dengan percintaan,
namun percintaan jarang sekali di akhiri dengan persahabatan
Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.
Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.

BAHWA YG JADI PEDOMAN ATAU PANDUAN MENCARI SAHABAT SETIA ADA DUA PERKARA.PERTAMA PERSAMAAN CITA CITA DAN YG KEDUA DI TIMBANG DGN AKAL DAN BUDI

Jgn mengkritik, salahkn & marah sahabat anda.
Jadilah org yg berfikiran positif & pragmatik krena ia mampu merobah sgala yg negatif &
problematikKeegoaan yg amat tinggi boleh mengakibatkan kehilangan
Sahabat dan saudara
Apabila anda ketemu dng saorang insan yg bersikap ikhsan,
sambutlah dia dng mesra dan jadikan dia sahabat mu sahabat adalah sahabat...
satu dalam sejuta..sayangi la sahabat sebelum dia pergi...................

Sahabatku...Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah swt...Jika Aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah akudengan tarbiyah pencipta...
Jika aku lemah tak berdaya,Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga...
Jika antara kita ada tembok pemisah,Ajaklah aku meleraikannya segera....
Dan... Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku.....
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku..Ukhuwah kita untuk SELAMANYEE....

Mengapa harus ditangiskan sebuah perpisahan tangisilah jalur pertemuan yg diwarnakn kerana tersirat pdnya kematian ikatan persahabatan

STORY : MUALIMAH FOR 1 DAY =)

Assalamualaikum W.B.T
saya akan update sbntar nnt..inshaaAllah
ape khabar?? semoga sihat ya..
kalau rase tak sihat badan..segera la mkn ubat ,tidak pun g la spital...huhu
hari ni saya nak stori morie berkenaan pengalaman mengajor si adik2 soleh dan adik2 solehah ni...
tercabar jugak ler kak solehah ni.. ops ngn dorang ni jd ustazah..hehe
saya mengajar mereka disamping tu juga saya belajar bersama mereka..
geli hati la pulak bile teringat balik pengalaman ni...

1FEBRUARI2013
JUMAAT
20RABIULAWAL1434H

pukul 2.30 ptg..
saya bersama kuda perang menuju ke sek agama rakyat berdekatan dgn rumah...
tak sampai 1minit pun boleh sampai...
sampai nampak budok2 je..ustazh nye xde..dlm 15minitpastu dtg le sorang ustazah bersama beberapa org budak..(saya kira itu anak nye)..

Ustazah:Awak ustazah ganti ke?
Saya:ya
berjalan menuju ke pejabat sek...
Ustazah:Awak kawan izzati ke?
Saya:ya,sy kwn izzati..die ade mintak tlg mengajar
Ustazah:ok,awak duduk sekejab...

3minit lepas tu...
K.T:assalamualaikum...
saya&ustazah:waalaikummussalam w.b.t
K.T:sorry solehah lambat (dlm hati knp mintak maaf kat saye pulak...xde papelah kak t)

lepas tu kami beredar ke kelas masing2...
saya kene ngajor kelas tahun 2...
mula masok bising jugak...
bile saya dah masok dorang bg salam camni...
'ASSALAMUALAIKUM USTAZAH'...

(malu pulak rase..)


anak-anak muridku membaca doa sebelum mula belajor...

dalam kelas tahun 2 saya kene ngajo kefahaman al-Quran...
so ngajor la berdasar dlm buku teks..
mintak anak muridku bace n buat latihan..
baru je nak buat latihan page yg lain pulok...
ade dah yg mengeluh..banyok la..letih la..
ade yg ckp..ustazah tulis la baru best (depa ta tau ustazh tak da maker pen)
mintak 'ustazah nak pegi tandas'.. yang ni tak tau nak kata la..
saya just cakap pegi..huhu



Yeay...kami anak soleh kami anak solehah

pukul 4ptg kene ke klas tahun 3 pulak..
mengajar ibadah..
dlm klas tu saya mengajar berkenaan tayamum..

saya:ok,harini ustazah akan ganti ustazah awak mengajar ibadah (muka serius sket)
anak murid P :ustazah,,ustazah..
saya:yer..knp awk??
anak murid P:kerongsang ustazah cantik la...ustazah beli kat mane?
saya: Allah..anak murid syg ni..dari serius tersenyum lebor saya dengor soalan die..
haish..awk ni..ustazah beli kat pasar mlm je..ok2 dah..ustazah nak ngajar ni

#mcm2 feel budak2 ni..hat mengadu satu hal..ade sorang peljar laki ni.habis lembut ckp ngn kite...
sabau byk ngn budop2 ni...

Khusyuk nye semua ...seorang je perasan ustazah amik gambo..

anak murid gegurl...byk mulut jgk ni....tp best ngn depa

pukul 4.30ptg kene g kls  tahun 4 pulak..
makin mencabor lagi rupenye bile ke klas tu..
yang perempuan senang diurus..
yang lelaki ni..kene pandai ambil hati
kelas ni ajar ibadah jugak.. mengajar berkenaan azan..iqamat

anak murid L:ustazah saya igt doa selepas azan..
saya: ok awak baca la..sy nak dgr (kwn2 sekelas terus senyap...nk dgr die baca)
anak murid L:Ya Allah ! Tuhan yg mensyariatkan seruan azan yg sempurna dan solat yg akan
Didirikan , kurniakanlah kepada Nabi Muhammad keutamaan dan kelebihan ,
Kemuliaan dan darjat yg tinggi dan limpahkanlah kepadanya 
Maqam yg terpuji yg Engkau janjikan.
saya:ok terimekasih (ade yg dia tak igt saya tegur2 kan sikit). tp i like nada die bile die baca..cam org besor ckp..best..

tak lama lepas tu pukul 5ptg..
anak murid rehat..yang mengkagumkan saya seorang pelajar P ni siap bwk appolo, keropok..dll lagi utk bg kawan die mkn...dia bg kawan lelaki n ppuan die makan..bagus sgt..ustazah harap besar2 nt pn macam tu yer syg... diorang pun ajak jugak saya makan...mkn jugak 2-3 suap...

bwh ni anak didik thn 4

sedap nye mkn dgn kawan-kawan...(saya tgk ajee)


Opss..anak murid snap gambar ustazah pulak..

even 1 day....
fuhh..penat jugak le...melayan kerenah..sorang2..
bab mgadu yg best nye...
apepun harapan nye anak murid syg
=jadi ANAK SOLEH..ANAK SOLEHAH
=TAAT IBUBAPA
=JANGAN LAWAN CAKAP USTAZAH@USTAZ

wassalam~

Monday, February 4, 2013

kuatkah kamu?

Assalamualaikum..

Ya Solehah...kuatkan dirimu....
jgn kau tewas dgn pujuk rayu syaitan...
adakan kau mahu jd begini sampai bila2..
cepat-cepat berubah solehah...
kau masih punya masa..masih punya ruang...
segera la berubah...
kearah yang lebih baik..
kau syg keluarga?ibuayah?adik beadik?kawan?? sahabat ??
so, kamu perlu berubah...
kau sedar umur kau berapa??
umur kau sudah meningkat...
tingkatkanlah iman setinggi umur..
umur mungkin sudah tidak panjang..
mengapa di katakan begitu???
ini kerana semakin kita meningkat umur...
makin kita menghampiri kematian..
YaAllah...
ampunkan lah dosa hambaMu yg hina ini..
tabahkan lah hatinya...
YaAllah..
kenalkanlah diriku dengan agungnya cintaMu
Amin

wasssalam~


Thursday, January 31, 2013

guru ganti

Assalamualaikum...
Malam nan indah..angin sepoi2 yg mendayu lagi menyamankan...
di dalam sebuah rumah.. hanya tinggal sepasang suami isteri beserta sepasang anaknya...
anak-anak yg lain berjuang mencari rezeki serta menuntut ilmu ALLAH...
si anak gadis nya sungguh ralet mendownload cerita kesukaannya...opkos la cerita melayu...
si anak teruna nya baru pulang dari masjid..terus menerpa pc..
maka, anak gadis nya beralih menggunakan laptop..

utk memberi ruang dan peluang kepada si adik lelakinya ini utk menngunakan kmudahan internet..
acececece ..... kau bermadah pe ni solehah...

maaf ler awak2..bahasa kite tak seindah bahasa awak...
saya bukan budok sastera..


ok,kita fokus pade isu....
jengjengjeng...

Tadi sedang saya on9..saya disapa oleh seorang kakak dlm fb..kt chat(time tu sy offline kan chat)..


K:solehaaaah
S:ye k.t

K:hee..ada pun..cuti eh skg
S:ade je...haah..cuti
K:nak mtak tulun bole?
S:tolong pe tu?
(time tu pikiran rase dah..suh mengajo ke..huhu...
hati dupdapdupdap lg ni..huhu)

K:ganti ngajo..ade seorang ustazah tu xsihat..da smggu xdtg
S:oo...
K:student die xblaja
S:ngaja kat ne k.t
K:so nak mtak ganti tuk esok...sek kat taman temengor tu...hihi
(kat area rumah je ghupenyee)
S:sek agama rakyat ke...bole2
K:alhamdulillah...tq solehah...esok kul 2:30 eh..
S:ok..k.t ngajo situ ke?
K:yep2..da 2mggu..ganti je..ma k.t xde

meleret2 lg la chat kami..takkan tu je kan...=)


lame jugak tak jumpe k.t yg solehah ni..xsabor pulak nak jumpe die esok...hhihi..
nak jumpe anak murid ustazah yg kiut-miut... cmane ye nak handle dak darjah 2@3 ni..
ala solehah ni..cam la ko tak penah ngan budak2 umo tu kan...
relex2... nak pakai baju warne pe eh esok..1st date ni...huhu..
nnt kite tunggu cotcet saya selepas ngajo eh...


.Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7).

apa2 pun syukur alhamdulillah...
saya diberi peluang jugak..


wassalam~


11:31 PM



Wednesday, January 30, 2013

makan NyumNyumNyum (^____________^)

Assalamualaikum w.b.t
ape kabar awak yg sedang menbaca tu ?? senyum sikit
dah mkn ke??


cee bace sikit bawah ni.... =)




pernah ke anda berada dlm situasi ini....
saya pun penah tau...lagi saya suka kot....
lagi habis saya mkn kalau lauk simple mcmni berbanding lauk yg pelbagai sampai 5@6 perkara alamat nye ade la yang x dapat dihabiskan....

satu lg saya suka sgt mkn bile perut betul2 lapar...boleh kate sampai perut tu bg isyarat bunyi2(perut sudah kosong) sikit..=)
baru ade nikmat nak mkn dah berselera...sbb pe nak tau?? 
jengjengjeng!!!
sbb nye kan kan kan =)
sbb nye lg bersemangat la nak mkn..huhu...perut tgh kosong..kite ni lapar giler...ade pulak lauk feberet...mmg bukan sepinggan nasi la habis..huhu...
kalau perut cam biase2 ni..mungkin mkn separuh pinggan pn susah nak habis.. ditambah pulak lauk yg kite kurang suka kan...
this is my taste... not your taste...maybe awak2 ni gemor sume lauk..saya ni milih sikitt..tp xda la sampai saya tak mkn lauk yg tak gemor tu...mkn ler jugor cume kurang...diulangi kurang.. 


mkn ketika lapar..berhenti mkn sblm kenyang ye kwn2...


adeh.. perut dah berbunyi..dah bg isyarat suh mkn ni...sekian dulu

wassalam~



teruskan mencuba....!!


Sembunyikan kemarahan dan sentiasa senyum, jangan mengungkit kesalahan yang kecil, tutuplah mata terhadap kenakalan orang lain, maafkan kesalahan yang dilakukan orang lain keatas diri dan kuburkanlah semua perkataan yang berunsur celaan itu, SEMOGA satu waktu dihujung usia, saya akan menjadi orang yang diingati.

Dipetik daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad

like this quoto..saya sedang mencuba..sehabis sedaya mungkin...
tp..sy teringat la...masalah tu kan...cmane ye??
ape pun saya cuba tutup mata tutup mulut tutup telinga..
supaya saya saya dapat kuburkan perkataan2 yang keluar dari mulut si gadis yg baik hati itu  (^__^)(^__^)

wassalam~
1301
300113
depan pc
menanti mak pulang

Thursday, January 24, 2013

Segmen Khas : Islam Itu Indah

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Salam Maulidur Rasul 1434H


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”(al Ahzab: 21) 
“Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (al Qalam: 4)




A. Senaraikan Rukun Islam?
#rukun islam ada 5 perkara..
1)Mengucap Dua Kalimah Syahadat
2)Mendirikan Solat Lima Waktu 
3)Berpuasa di Bulan Ramadhan
4)Mengeluarkan zakat
5)Menunaikan Haji bagi yang mampu

B. Senaraikan Rukun Iman?
#rukun islam ade 6 perkara
1)Beriman Kepada ALLAH S.W.T
2)Beriman Kepada Para Malaikat
3)Beriman Kepada Rasul-Rasul
4)Beriman Kepada Kitab-kitab
5)Beriman Kepada Hari Kiamat
6)Beriman Kepada Qada' dan Qadar


C. Bilakah Al-Quran diturunkan?
Al-Quran diturunkan pada 17 ramadhan (13 tahun sebelum Hijrah)
Ia lebih dikenali sebagai Nuzul-Al-Quran


D. Berapakah ayat dalam Al-Quran
Di dalam Al-Quran terdapat 6236 ayat

E. Berapakah surah-surah dalam Al-Quran
Terdapat 114 surah di dalam Al-Quran

F. Surah apakah yang paling teragung dalam Al-Quran?
Surah Al-FAtihah adalah merupakan surah yang paling agung dari kebanyakan surah-surah yang ada di dalam Al-Quran.
Ad adalah berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud Al-Fatihah merupakan 'Surah Yang Paling Agung' di dalam Al-Quran


 Wassalam~

Wednesday, January 23, 2013

Aku Cuma An-Nisaa


Assalamualaikum..
dah solat zohor?saya nk kongsi madah-madah indah ini yg diambil web  harianislam..
buat muslimah ,gadis ,ibu ,mama ,ummi dan semua yg bergelar female =)

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

wasalam~

Sunday, January 13, 2013

WAFER vs COKLAT


Assalamualikum...

Wafer : Kita nie manis kan ?
Coklat : Memang kita manis sebab kita disebatikan .
Wafer : Ah , janji manis .
Coklat : Kita tak manis pun sebenarnya .
Wafer : Habis tu , siapa manis dari kita ?
Coklat : Tu haa , orang yang tengah baca status ni, die lagi Manis dari kita . Maklumlah , ciptaan Allah memang semuanya manis ♥

wassalam~

Friday, January 11, 2013

QUOTA ♥♥♥


Biar dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik..

Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...♥♥♥

10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad S.A.W




SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) 

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. 

Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. 

Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” 

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. 

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS 
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan...

ALKISAH SEORANG BUDAK GIRL ;)



Aminah seorang budak perempuan 4 tahun pergi ke kedai runcit bersama maknya. Pak Ali, pemilik kedai runcit suka mencubit muka Aminah yang comel.

Adik, sini ada sebalang gula-gula… ambillah kalau suka,” kata Pak Ali.

Aminah melihat balang itu dipenuhi gula-gula berwarna-warni, tapi Aminah hanya melihat tetapi tidak mengambil.

Ambillah. Masuk tangan ambil sendiri,” pujuk Pak Ali.

Aminah tetap tidak mengambilnya.

Pak Ali cuba memujuk lagi tapi Aminah tetap tidak mengambilnya walaupun mata asyik melihat kepada gula-gula dalam balang tersebut.

Pak Ali berasa hairan mengapa budak kecil comel ini tidak mengambil gula-gula tersebut.

Ayang, ambillah gula-gula itu, pakcik dah bagi,” mak Aminah pula memujuk.

Tapi Aminah tetap tidak mengambilnya…

Melihat keadaan begitu, Pak Ali hilang sabar sedikit dan memasukkan tangan sendiri ke dalam balang dan mengambil gula-gula dan memberikannya kepada Aminah.

Aminah senyum kegembiraan mendapat gula-gula tersebut – ini menyebabkan Pak Ali bertambah hairan mengapa Aminah tak mengambil gula-gula itu sendiri.

Tak faham anak kamu ini,” kata Pak Ali kepada mak Aminah.

Saya pun tak faham… budak kecil ini kadang-kala kita tak faham apa dia fikir,” kata mak Aminah.

Apabila tiba di rumah, mak Aminah bertanya lagi, “Ayang, mengapa tak ambil gula-gula itu masa Pak Ali suruh Ayang ambil?

Cuba teka apa jawapannnya……….
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………

Mak, tangan Ayang kecil. Jadi kalau Ayang ambil sendiri dari balang itu,.Ayang hanya dapat sikit… sekarang tengok, bila Pakcik Ali memberi gula-gula pada Ayang dengan menggunakan tangan besarnya, Ayang dapat banyak gula!,” kata Aminah kepada maknya.

Pengajarannya:
Jika kita mengambil, kita mungkin mendapat sedikit. Jika Allah memberi, Allah akan memberi lebih banyak daripada apa yang kita boleh fikirkan kerana Allah maha Berbelas Kasihan dan Agong.
.

Friday, January 4, 2013

sembang sana-sini ;)

Salam JUMAAT..
JUMAAT pertama 2013

~ Ustaz Azhar Idrus ~

Soalan : "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...." 
",)